Hiburan
“Dia punya best friend adalah kawan i jugak, nak sebut nama ke? ” – Intan Najuwa
Pelakon Intan Najuwa telahpun selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan iaitu Datuk Ahmad Asraf Azman pada 18 Ogos yang lalu hanya dengan sekali lafaz. Pemilihan tarikh pernikahan pada 18 Ogos juga adalah bersempena tarikh hari lahir pelakon Kkasih Rela Paksa itu yang menginjak genap usia 26 tahun. Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abd. Wahid telah menerima mas kahwin yang bernilai RM20,000 dan hantaran berjumlah RM222,000.
Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!
Menerusi perkongsian terbaru di Instagram Majalah Nona, satu video yang memaparkan pasangan pengantin baru iaitu Datin Intan Najuwa bersama suaminya telah di kongsikan buat tatapan peminat.
Pasangan pengantin baru itu muncul bersama buat pertama kali di sebuah acara pertunjukan fesyen setelah sah di ijab kabulkan beberapa hari lalu.
Buat Datin Intan sendiri, beliau merasa teruja dapat hadir ke acara tersebut di temani suaminya memandangkan selama ini beliau terpaksa menyembunyikan kehidupan peribadi di sebabkan status dirinya sebagai seorang selebriti yang di kenali ramai.
Wartawan menggunakan kesempatan bertemu pengantin baru itu untuk menemubual pasangan pengantin itu untuk bertanyakan beberapa soalan.
Menyelongkar rahsia pertemuan pasangan ini, menurut Datin Intan, pertemuan beliau bersama suaminya itu sebenarnya di rancang oleh seorang rakan yang juga merupakan rakan baik kepada Datuk Asraf sendiri.
Rakan yang di maksudkan oleh Datin Intan adalah Rizal Ashram Ramli atau lebih di kenali sebagai Jejai. Datin Intan juga berterima kasih kepada Jejai kerana pertemuan berkenaan membawa kepada hubungan yang serius dan seterusnya berakhir di jinjang pelamin.
Berkongsi perasaan setelah mendirikan rumah tangga, Datin Intan berkata kehidupan beliau semakin bahagia. Suaminya juga turut dalam proses menyesuaikan diri dengan kehidupan glamor isterinya sebagai selebriti setelah berumah tangga.
Menyentuh mengenai keperibadian Datuk Asraf yang memikat hatinya pula, Datin Intan berkata suaminya itu memiliki banyak kualiti untuk di jadikan seorang suami. Selain merupakan seorang ‘family person’ dan ‘loving’, Datuk Asraf juga seorang yang sangat memahami dirinya.
Namun begitu, Datin Intan berkata suaminya akan cuba memberikan teguran secara baik sekiranya kurang bersetuju dengan sesuatu. Kualiti berkenaan yang membuatkan dirinya tidak ragu- ragu untuk memilih Datuk Asraf sebagai suami.
Datuk Asraf juga tidak menghalang Datin Intan untuk meneruskan kerjaya sebagai pelakon setelah mendirikan rumahtangga malahan memahami minat dan kerjaya isterinya itu.
Bercakap soal anak pula, pasangan ini tidak menolak sekiranya di kurniakan cahaya mata dalam masa terdekat memandangkan mereka berdua sudahpun bersedia.
Menjengah keruangan komen pula, netizen memuji sikap matang Datin Intan dalam menjawab soalan para wartawan. Datin Intan juga sangat petah bercakap tidak seperti suaminya yang agak pendiam dan pemalu.
Karakter peribadi pasangan ini yang berlawanan itu membuatkan mereka berdua saling melengkapi antara satu sama lain. Netizen juga memuji suami Datin Intan yang kelihatan muda dan nampak sebaya dengan Datin Intan.
Netizen juga mendoakan kebahagiaan pasangan pengantin baru ini dan hubungan mereka berdua juga berkekalan sampai ke Jannah. Berikut di kongsikan komen komen netizen.
Tak sangka Jejai yang kenalkan mereka. Datuk Asraf tak nampak macam usianya 39 tahun malahan nampak macam sebaya dengan Datin Intan yang baru 26 tahun. Pasangan pengantin baru ni macam pinang di belah dua. Betul- betul sama cantik sama padan.
Petah sangat Datin Intan ni bercakap. Datuk Asraf pula nampak malu malu dan pendiam. Setia mendengar je di sebelah Datin Intan. Sweet sangat pasangan pengantin.
Sumber: ig majalah nona.
-
Hiburan3 years ago
“Aik..bila Kak Engku pregnant?” – Nabila Huda
-
Hiburan4 years ago
“Ko beranak kan bidadari ke apa ni” – Azza Elite
-
Umum4 years ago
“Patutlah saya tengok Naim sejuk hati, baik hati jaga kucing saraf r0sak”
-
Hiburan1 year ago
“Ni Hannah Delisha versi mini mini la ye, cantiik betul”-Netizen
-
Hiburan4 months ago
“Tak halal sis, area rumah saya je ni” – Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wehh terkejut tgk perut akak nasib ternampak tgn tu” – Netizen
-
Hiburan1 year ago
“Taj4m mata sis blh nmpk walaupn dh masuk dlm mangkuk”- Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wanita hebat yg byk kali d0wn tp tetap teguh, membesarkan anak2” – Netizen