Hiburan
“Bagus Isaac cintakan bahasa Malaysia wlpn dia fhm dan blh bertutur dlm bhsa Inggeris”- Netizen
Anak kepada pasangan selebriti sering kali menerima tempias populariti daripada kedua ibu bapa mereka kerana apabila lahir, anak anak ini terus menjadi tumpuan para Netizen yang ingin mengetahui perkembangan selebriti kesayangan mereka itu dan kehidupan bekeluarga mereka. Begitu jugalah yang di lalui oleh pasangan selebriti terkenal Zahirah Mc Wilson dan juga Aiman Hakim Redza.
Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!
Sebagai artis, pasangan sejoli ini secara tidak langsung juga turut berkongsi aktiviti seni dan kehidupan melalui media social membuatkan Netizen turut di dedahkan dengan aktiviti mereka bersama anak lelaki mereka iaitu Isaac Raes.
Tarikan comel anak Zahirah dan Aiman ni adalah pada senyumannya. Senyuman Isaac Raees memikat hati netizen kerana mempunyai sepasang lesung pipit di pipinya sejak daripada kecil lagi.
Ramai yang geram dengan kecomelan Isaac ini. Malahan telatah kanak kanak ini yang kian membesar dan banyak akal malahan kini sudah pandai berborak juga mencairkan hati Netizen.
Ibu Zahirah kini menetap di Australia dan Zahirah juga kerap berulang ke sana untuk membawa pulang cucu kesayangan ibunya itu bagi melepaskan rindu. Baru baru ini, Zahirah pulang ke Australia untuk meluangkan masa bersama ibu dan keluarganya yang berada di sana.
Menerusi perkongsian terbaru di Instagram Maslinda Yusuf yang merupakan ibu kepada Zahirah, beliau berkongsikan satu video yang memaparkan gelagat cucunya Isaac ketika sedang membuat aktiviti mewarna.
Memandangkan Maslinda sememangnya menetap di Australia, Bahasa pertuturan yang di gunakan oleh beliau adalah Bahasa inggeris. Namun begitu, Isaac tetap berkomunikasi dengan beliau menggunakan bahasa melayu.
Perbualan Isaac bersama neneknya itu yang sangat lemah lembut dan manja membuatkan netizen juga tertawan hati.
Walaupun ibu bapa Isaac dan neneknya menggunakan Bahasa melayu dan Bahasa inggeris namun Isaac tetap selesa untuk bercakap dalam Bahasa melayu.
Menjengah ke ruangan komen, netize merasa geram dengan kecomelan Isaac yang bercakap dengan lemah lembut dengan neneknya.
Netizen juga kagum dengan Isaac yang tetap memilih untuk bercakap bahasa melayu dan tidak terpeng4ruh dengan video kanak kanak di saluran youtube serta gadget.
Netizen mendoakan kanak kanak itu agar membesar menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada kedua ibu bapanya apabila sudah dewasa kelak. Netizen juga mendoakan kejayaan Isaac di dunia dan akhirat nanti. Berikut di kongsikan komen komen netizen.
Sikap sopan Isaac itu mencairkan hati netizen. Memandangkan ibu bapa Isaac juga sangat lemah lembut dalam bertutur maka tidak hairan lah Isaac juga bertutur dengan sopan dan lembut seperti mana kedua ibu bapanya.
sumber: ig maslindayusoff
-
Hiburan3 years ago
“Aik..bila Kak Engku pregnant?” – Nabila Huda
-
Hiburan4 years ago
“Ko beranak kan bidadari ke apa ni” – Azza Elite
-
Umum4 years ago
“Patutlah saya tengok Naim sejuk hati, baik hati jaga kucing saraf r0sak”
-
Hiburan1 year ago
“Ni Hannah Delisha versi mini mini la ye, cantiik betul”-Netizen
-
Hiburan4 months ago
“Tak halal sis, area rumah saya je ni” – Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wehh terkejut tgk perut akak nasib ternampak tgn tu” – Netizen
-
Hiburan1 year ago
“Taj4m mata sis blh nmpk walaupn dh masuk dlm mangkuk”- Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wanita hebat yg byk kali d0wn tp tetap teguh, membesarkan anak2” – Netizen