Connect with us

Hiburan

“Dia klo nak cantik bila2 masa pun boleh, dia simpan je selama ni” – Netizen

Published

on

World Wide24.com D40636cd63418f9078a4392b7585130c

Nama pelakon dan model Zahnita Wilson baru baru ini mula di perkatakan kembali ekoran tular satu video yang di muatnaik oleh pelakon Kuliah Cinta itu di Instagram yang memaparkan wajahnya tanpa secalit solekan.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Ramai yang terkejut dengan perubahan ketara pelakon dan model tersebut memandangkan beliau sudah lama tidak muncul sebagai pelakon mahupun aktif dengan aktiviti peragaan.

Zahnita mendirikan rumah tangga bersama seorang usahawan iaitu Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor. Hasil perkongsian hidup berdua pasangan itu di kurniakan empat orang cahaya mata.

World Wide24.com 7d82cd5cd51f4a96a71bf339c3e491f1

Namun begitu, setelah beliau mendirikan rumah tangga, nama beliau semakin menyepi, baik dalam bidang lakonan mahupun peragaan untuk memberikan sepenuh perhatian kepada anak anak dan keluarga.

Sementara itu, video yang di tular itu sedikit sebanyak sebanyak memberikan impak kepada Zahnita sendiri apabila jumlah pengikut akaun instagramnya berkurangan. Video Zahnita tanpa sebarang solekan itu juga menerima pelbagai respon daripada netizen.

World Wide24.com 3ee66fea28282e89de6559b4cf9f4d74

Ada netizen yang mengkritik penampilan pelakon itu namun tidak kurang juga memuji Zahnita yang berani memuatnaik video berkenaan di media sosial buat tatapan para pengikutnya.

Terkini, menerusi perkongsian terkini di Instagram beliau, satu video yang memaparkan dirinya baru selesai membuat rambut di sebuah salon telah di muatnaik. Daripada video tersebut, Zahnita tampil berkeyakinan dengan gaya seorang model apabila berjalan keluar daripada salon berkenaan.

Zahnita masih lagi cantik jelita seperti dulu dengan mengekalkan bentuk badannya yang langsing meskipun sudah melahirkan empat orang cahaya mata. Penampilan Zahnita juga lebih menyerlah dengan solekan di wajah dan rambut yang lebih terurus.

Di ruangan kapsyen, Zahnita juga sempat mempromosikan salon rambut tersebut yang telah memberikan layanan yang baik terhadap beliau sebagai pelanggan. Perkongsian video tersebut telah menerima hampir tiga ribu tanda suka daripada warganet.

World Wide24.com 831c3325423b56ef41ff05d2a7316aee

Menjengah keruangan komen, ramai netizen yang memuji kejelitaan pelakon dan model ini yang masih lagi kelihatan menawan.

Netizen juga berkata mereka merindui penampilan pelakon ini dalam dunia lakonan setelah sekian lama menyepi. Berikut di kongsikan komen komen netizen.

World Wide24.com 6bff1b16599ef954baae4e5fbda0b813

Siapa tahu suatu hari nanti Zahnita akan kembali berlakon semula dan menyertai dunia peragaan setelah membuat kemunculan semula dan semakin aktif menerusi platform media sosial.

Walaupun sudah lama menyepi namun para peminat masih tidak melupakan Zahnita dan masih berharap beliau membuat comeback dalam industri seni.

Sumber: ig zahnita

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!