Hiburan
“Comel la, laki dia sejenis pemalu ni, tu kawin lambat, kdg dia xreti nk ayat perempuan” – Netizen
Sebelum ini, perkongsian berita mengenai pernikahan pelakon Intan Najuwa telah menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Manakan tidak, Intan sebelum ini kurang terpalit dengan gossip liar dan jarang terjebak dengan kontroversi. Hanya dengan sekali lafaz Intan Najuwa telah selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan iaitu Datuk Ahmad Asraf Azman pada 18 Ogos.
Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!
Pemilihan tarikh pernikahan pada 18 Ogos juga adalah bersempena tarikh hari lahir pelakon Kkasih Rela Paksa itu yang menginjak genap usia 26 tahun.
Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abd. Wahid telah menerima mas kahwin yang bernilai RM20,000 dan hantaran berjumlah RM222,000. Angka dua menjadi pilihan sebagai simbolik tempoh dua tahun perkenalan antara Intan dan suaminya yang berusia 39 tahun itu.
Kepuutusan pelakon ini untuk berkahwin agak mengejutkan para peminat beliau sendiri. Malahan beberapa video dan gambar yang tular di media sosial juga membuatkan netizen baru mengenali gerangan lelaki yang berstatus datuk yang baru sahaja sah menjadi suami kepada pelakon drama Jodohku Baby Sitter ini.
Menerusi perkongsian di tiktok media hiburan official, satu video temu bual oleh wartawan di majlis resepsi pasangan ini telah di kongsikan buat tatapan para peminat.
Memandangkan tarikh pernikahan pasangan ini telah di adakan pada tarikh hari lahir Intan Najuwa, wartawan mengajukan soalan mengenai hadiah hari jadi untuk Intan.
@mediahiburanofficial Ini jawapan suami Datin Intan Najuwa bila ditanya apa hadiah yang dia nak beri pada isteri tersayang #MHnews #MediaHiburan #FYP
Intan secara spontan menjawab tahun ini merupakan sambutan hari jadi yang paling bermakna buat dirinya kerana melangsungkan pernikahan pada tarikh tersebut.
Malahan beliau juga ‘mendapat suami’ sebagai hadiah paling bermakna beliau. Soalan yang di ajukan oleh wartawan berkenaan di jawab oleh Intan sambil di perhatikan oleh suaminya yang kelihatan malu malu.
Wartawan juga bertanyakan Datuk Asraf mengenai hadiah yang bakal di berikan buat Intan namun beliau hanya tersenyum menjawab rahsia.
Menjengah keruangan komen, gelagat suami Intan itu ternyata menerima pelbagai komen daripada netizen. Netizen berkata, menerusi pemerhatian mereka suami Intan iaitu Datuk Ahmad Asraf Azman merupakan seorang yang sangat pemalu.
Namun begitu mereka berdua kelihatan sangat comel apabila bersama memandangkan Intan memiliki personaliti yang peramah dan suaminya itu pula pendiam serta pemalu. Berikut di kongsikan komen komen netizen.
Sementara itu, netizen memuji Intan Najuwa yang di sifatkan pandai memilih suami kerana personaliti suaminya yang nampak sopan dan baik. Datuk Ahmad Asraf Azman juga di lihat sebagai seorang yang sangat matang dan pemalu namun tegas dalam soal kerjayanya.
Sumber: tiktok mediahiburanofficial
-
Hiburan3 years ago
“Aik..bila Kak Engku pregnant?” – Nabila Huda
-
Hiburan4 years ago
“Ko beranak kan bidadari ke apa ni” – Azza Elite
-
Umum4 years ago
“Patutlah saya tengok Naim sejuk hati, baik hati jaga kucing saraf r0sak”
-
Hiburan1 year ago
“Ni Hannah Delisha versi mini mini la ye, cantiik betul”-Netizen
-
Hiburan4 months ago
“Tak halal sis, area rumah saya je ni” – Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wehh terkejut tgk perut akak nasib ternampak tgn tu” – Netizen
-
Hiburan1 year ago
“Taj4m mata sis blh nmpk walaupn dh masuk dlm mangkuk”- Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wanita hebat yg byk kali d0wn tp tetap teguh, membesarkan anak2” – Netizen