Connect with us

Hiburan

“Malu2 dia nak ucap depan isteri, janji kau setia Bell”- Netizen

Published

on

World Wide24.com Cbbe0c7ad2bcfff16d466008d15a8a05

Nama pelakon Bell Ngasri mula menjadi bualan sejak akhir-akhir ini sejak pelakon itu menjayakan watak sebagai Barkoba iaitu seorang lelaki yang malas berpuasa dalam telemovie 16 Puasa, 17 Puasa dan 19 Puasa arahan Allahyarham Mamat Khalid. Melalui telemovie itu juga tagline ‘Yak Yak Yeay’ menjadi sinonim dengan Bell sehingga ke hari ini.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Pencalonan Bell Ngasri dalam bagi kategori Artis Komedi Popular pada tahun ini bersama-sama Johan, Zizan, Syahmi Sazli dan Jaa Suzuran telah mengundang perhatian meluas warganet.

World Wide24.com 8ae0198f14eca0b2e586ccbe9d88c1a6

Pencalonan Bell Ngasri itu mula mendapat perhatian warganet memandangkan dia ‘selebriti senior’ yang tidak pernah memenangi mana-mana anugerah sepanjang penglibatannya dalam dunia seni.

Pencalonan tersebut akhirnya berakhir dengan kemenangan Bell sebagai artis komedi popular dan bintang paling popular.

Kemenangan berkenaan mengundang rasa sebak dan gembira dalam kalangan netizen. Rata rata netizen sangat gembira di atas kemenangan pelakon berkenaan setelah berusaha mengundi beliau.

World Wide24.com 0dc8b043eb0635500b16feae36bd83a4

Netizen juga sebak mendengar ucapan penghargaan Bell di atas anugerah yang di terimanya itu. Apatah lagi anugerah tersebut merupakan anugerah pertama ABPH yang di menangi oleh Bell sepanjang penglibatan beliau di dalam industri seni.

Menerusi hantaran terbaru di Instagram Meletop, Bell Ngasri bersama isteri dan Kak Lina telah di jemput ke rancangan berkenaan untuk berkongsi perasaan dan pengalaman mereka kerana telah memenangi anugerah bagi kategori masing masing.

Ibarat sireh pulang ke ganggang, Bell juga sebelum ini merupakan pelakon bagi segmen parodi meletop bersama Jihan Muse berkongsi rasa gembira beliau untuk muncul semula dalam program berkenaan.

Sebelum mengakhiri sesi temu bual bersama pengacara Nabil Ahmad, Nabil meminta Bell supaya membuat luahan dan ucapan penghargaan buat isterinya itu.

Bell yang kelihatan terpinga pinga dan malu kemudiannya memberikan ucapan terima kasih kepada isterinya namun agak malu untuk memandang muka isterinya itu.

Manakala Isterinya juga menunduk malu namun sebak mendengar luahan penghargaan Bell itu. Bell mengucapkan terima kasih kepada isterinya yang menguruskan hal ehwal rumahtangga dan anak anak sewaktu beliau sibuk bekerja.

World Wide24.com 6e52800da388a060df8f3573358f8864

Mengintai ke ruangan komen pula, netizen berkata buat para suami yang kurang romantik, sememangnya agak sukar untuk mereka dan mengambil masa untuk meluahkan serta memberikan ucapan terima kasih kepada isteri.

Namun begitu, walaupun suami kurang romantik netizen juga menyarankan untuk melihat sudut positif suami yang setia dengan isteri.

Netizen juga berkata ada sesetengah suami yang tidak mampu memandang muka isteri kerana akan merasa sebak dan mengalirkan air mata. berikut di kongsikan komen netizen.

World Wide24.com 77b104f856bcce7ce0d0095ad56a6de3

Lelaki di uji ketika berada di atas dan wanita di uji ketika berada di bawah. Mudahan anugerah yang di terima oleh Bell ini tidak menjadikan beliau hanyut di arus populariti dan terus setia dengan isteri tercinta.

Sumber: ig meletop

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!