Connect with us

Hiburan

“Sempoi betul, kau aku je haha”- Netizen

Published

on

World Wide24.com 1ec525edfae185577852336b9a0cbf81

Pelakon Remy Ishak kini sedang menantikan kelahiran anak sulungnya bersama isteri Ezza Yusof. Isterinya Ezza yang sedang sarat mengandung masih lagi aktif di media sosial berkongsi perkembangan terbaru perniagaan serta aktiviti harian buat tatapan para pengikut akaun instagramnya. Sejak mendirikan rumah tangga bersama Remy, Ezza semakin terbuka untuk berkongsi rutin hariannya di media sosial.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Ramai peminat Remy yang turut mengikuti perkembangan pelakon lelaki berkenaan menerusi instgram Ezza memandangkan Remy kurang aktif di media sosial dan sangat jarang memuatnaik hantaran terbaru di instagramnya.

World Wide24.com 1f6a619b0b96948fe2e4e59334c86a33

Meskipun sibuk dengan drama terbaru beliau Hijrah Jannah, Remy juga sebenarnya mempunyai buah tangan terbaru buat para peminat beliau apabila muncul dengan rancangan terbaru Oh Baby Remy.

Menerusi hantaran terbaru di Instagram Remy, beliau memuatnaik satu video yang memaparkan sedutan rancangan terbaru perjalanan beliau bersama isteri dalam menyambut cahaya mata pertama yang bakal lahir buat tatapan para peminat beliau iaitu Oh Baby Remy.

Rancangan berkenaan memaparkan persediaan Remy dan isterinya dalam menyediakan keperluan anak sulung mereka dan luahan perasaan pasangan itu untuk bergelar ibu bapa.

Sudah tentu perasaan gementar dan teruja bercampur aduk dalam menantikan kehadiran ‘orang baru’ dalam keluarga mereka.

World Wide24.com Be03b21c38ab0e9a74fc30bfca87b9dc

Dalam sedutan video yang di kongsikan itu, Remy membawa isterinya membuat pemeriksaan doktor untuk melihat keadaan terkini kandungan.

Remy yang ketika itu baru pulang daripada membuat penggambaran drama, memakai pakaian ketika berlakon dan bergegas pulang kerana sudah terlambat untuk temujanji doktor berkenaan.

World Wide24.com E10bb2a9938a60652ccf4d02d7c7e916

Remy juga berkongsi keadaan isterinya yang sering mengadu merasa s4kit di bahagian perut waktu malam membuatkan beliau merasa risau.

Mengintai keruangan komen, rata rata netizen berkata mereka juga sudah tidak sabar menantikan kelahiran cahaya mata pertama pelakon Hijrah Jannah itu.

World Wide24.com 3b695c8955d308b0090f012299c22e9e

Netizen juga mendoakan supaya urusan isteri Remy itu agar di permudahkan dan urusan kelahiran cahaya mata pertama pasangan itu nanti di berikan kelancaran.

Bagaimanapun, perbualan Remy dan isterinya Ezza dalam sedutan rancangan Oh Baby Remy itu menarik perhatian netizen apabila pasangan berkenaan menggunakan ganti nama ‘kau’ dan ‘aku’ sebagai pasangan suami isteri.  Berikut di kongsikan komen dan reaksi netizen.

World Wide24.com 410c720c134ebd15b4457fb0f33f9717

Ada juga segelintir netizen yang agak rimas dengan rambut Remy dalam menjayakan watak di dalam drama Hijrah Jannah dan meminta pelakon tersebut memotong rambut supaya kelihatan lebih kemas.

Namun begitu, peminat aktor tersebut berkata, adakalanya lelaki akan menyimpan rambut sewaktu menantikan kelahiran anak dan hanya akan memotong rambut setelah anak tersebut lahir.

Sumber: instagram remy ishak

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!