Hiburan
“MashaAllah cantik dan indah namanya, semoga menjadi anak yg soleh” – Netizen
Neelofa Mohd Noor dan juga suaminya pndakwah bebas Haris Ismail membuat pengumuman rasmi menerusi media sosial bahawa mereka telahpun selamat menimang cahaya mata kedua mereka pada hari selasa yang lalu 11 Julai sekitar jam 10.45 malam.
Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!
Anak kedua Neelofa itu yang merupakan seorang bayi lelaki kini dalam keadaan sihat. Pengumuman yang di kongsikan oleh Neelofa menerusi Instagram story itu antara lain meluahkan harapan beliau sebagai seorang ibu supaya anak keduanya itu membawa keberkatan kepada keluarga mereka.
Beliau juga mendoakan supaya bayi lelaki berkenaan menjadi anak yang soleh, berbakti kepada orang tua, berguna kepada agama, keluarga, nusa dan bangsa.
Neelofa juga memohon doa orang ramai untuk anak keduanya itu agar membesar dengan baik dan cerdas, di beri kesihatan dan umur yang panjang.
Sebagai seorang ibu bapa yang sudah mempunyai dua orang cahaya mata, Neelofa juga berharap untuk mampu menjadi ibu bapa yang baik dalam mendidik dan membesarkan kedua dua orang anaknya itu.
Sepertimana anak sulungnya Muhammad Bilal sebelum ini, Neelofa berkata, nama anak keduanya bakal di kongsikan dengan para peminat setelah 7 hari kelahiran nanti.
Menepati janji beliau kepada para peminat, sempena hari ketujuh kelahiran cahaya mata kedua beliau sejak di lahirkan pada 11 Julai yang lalu, Neelofa akhirnya telah berkongsi sekeping gambar terbaru putera keduanya itu bersama anak sulungnya Muhammad Bilal.
Neelofa berkata, seperti mana kelahiran Muhammad Bilal yang lalu, perasaan kasih dan sayang beliau terhadap putera keduanya juga terjalin. Oleh itu pemilihan nama untuk cahaya mata keduanya itu juga semestinya di pilih dengan teliti.
Neelofa turut berkongsi hadis nabi menerangkan mengenai pemilihan nama anak sulungnya itu di buat sebelum ini.
Hatinya terpaut dengan keikhlasan dan keberanian sahabat nabi Bilal dalam mempertahankan aqidah dan menjadi antara ahli syurga yang di janjikan nabi. Di sebabkan itu beliau dan suaminya sepakat memilih nama Muhammad Bilal agar menjadi seakan Bilal bin Rabah R.A.
Untuk anak kedua mereka pula, Neelofa dan suami sepakat menamakan Abdullah Abbas. Pemilihan nama anak keduanya itu pula adalah merujuk kepada hadis HR.
Bukhari yang menerangkan bahawa nama yang paling di cintai Allah adalah Abdullah kemudian Abdurrahman.
Manakala Abbas pula di ambil daripada nama seorang sahabat nabi iaitu Ibnu Abbas yang pernah di doakan oleh nabi. Berkat doa nabi tersebut Ibnu Abbas sangat bijak walaupun usianya masih muda.
Menjengah keruangan komen, netizen memuji pemilihan nama yang di berikan oleh Neelofa dan suami buat anak keduanya itu.
Netizen juga memuji perkongsian Neelofa di ruangan kapsyen yang turut berkongsi ilmu serta hadis nabi untuk menjelaskan mengenai pemilihan nama anak keduanya.
Rata rata netizen mendoakan anak kedua Neelofa itu membesar menjadi anak yang soleh dan taat kepada perintah Allah serta kedua ibu bapanya.
Terasa sebak dan syahdu doa seorang ibu buat anaknya ketika membaca penulisan Neelofa di ruangan kapsyen. Berikut di kongsikan komen komen netizen.
Sebagai ibu bapa sudah pasti Neelofa juga mempunyai harapan yang menggunung buat anak keduanya itu. Neelofa turut berdoa supaya Abdullah Abbas ini juga dipilih Allah menjadi Daie yang akan menyampaikan dakwah seluruh alam. Neelofa juga berkongsi rasa bahagia dan gembira di atas kelahiran anak keduanya itu bersama para pengikut beliau.
Sumber: ig neelofa
-
Hiburan3 years ago
“Aik..bila Kak Engku pregnant?” – Nabila Huda
-
Hiburan4 years ago
“Ko beranak kan bidadari ke apa ni” – Azza Elite
-
Umum4 years ago
“Patutlah saya tengok Naim sejuk hati, baik hati jaga kucing saraf r0sak”
-
Hiburan1 year ago
“Ni Hannah Delisha versi mini mini la ye, cantiik betul”-Netizen
-
Hiburan4 months ago
“Tak halal sis, area rumah saya je ni” – Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wehh terkejut tgk perut akak nasib ternampak tgn tu” – Netizen
-
Hiburan1 year ago
“Taj4m mata sis blh nmpk walaupn dh masuk dlm mangkuk”- Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wanita hebat yg byk kali d0wn tp tetap teguh, membesarkan anak2” – Netizen