Hiburan
“Ada sesetengah org berkira kira nk mengandung beranak, saya unlimited”- Neelofa
Kehidupan usahawan dan pengacara terkenal Neelofa sering kali menjadi tumpuan orang ramai. Apa jua yang melibatkan selebriti ini pastinya menjadi tumpuan netizen. Sebelum ini, pengacara dan usahawan popular Neelofa sering di asak dengan soalan mengenai kehamilan anak kedua, namun Neelofa enggan mengiyakan atau menafikan spekulasi yang sedang tular bahawa beliau kini sedang hamil anak kedua seperti dakwaan netizen.
Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!
Sebaliknya, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor lebih selesa membiarkan perubahan fizikal menjawab desas-desus mengenai kehamilannya itu.
Menurut Neelofa, beliau hanya mengikuti arus dan sekiranya beliau di takdirkan untuk hamil lagi anak kedua, ketiga mahupun seterusnya beliau akan tetap memegang pendirian yang sama untuk tidak memberikan sebarang komen.
Buat diri beliau sendiri, sebarang perkara yang belum pasti tak perlulah di hebohkan. Sama seperti perkahwinan dan kelahiran. Namun Neelofa tetap menghargai komen dan doa para peminat.
Turut menyokong kenyataan isteri, PU Riz turut mengharapkan semua orang terutama para peminat dapat mendoakan yang terbaik buat isterinya. Berkongsi pendapat yang sama seperti Neelofa, PU Riz juga tidak menafikan atau mengesahkan dakwaan kehamilan berkenaan.
Menerusi satu perkongsian di media sosial nunha.co yang merupakan salah satu media sosial rasmi syarikat milik pasangan Neelofa dan PU Riz, satu video yang memaparkan ulasan pasangan suami isteri ini mengenai kehidupan berumah tangga telahpun di kongsikan.
@nunha.co Neelofa nak anak seramai satu team bola! MashaAllah best 🤩 Selagi ada kudrat dan rezeki dari Allah kita terima je, ye dak? 😝 Kalau korang nak berapa anak? #neelofa #bilal #puriz #innaiviral #racuntiktokshop
Video yang di kongsikan itu berkongsi jawapan Neelofa terhadap pendapat beliau apabila di ajukan soal bilangan anak yang ingin di miliki.
PU Riz berkata isterinya itu mahukan anak yang ramai seperti dalam pasukan bola s3pak. Bagaimanapun PU Riz berkata dirinya hanya menyerahkan rezeki cahaya mata berkenaan kepada Allah.
Neelofa secara jujurnya memberitahu bahawa beliau sebolehnya inginkan anak yang ramai dan tidak meletakkan had terhadap bilangan anak yang di ingini.
Yang mana Allah kurniakan, beliau menerimanya dengan hati terbuka. Bagi beliau selagi ada kudrat dan rezeki yang di kurniakan daripada Allah beliau hanya menerimanya.
Kongsi Neelofa lagi, anak merupakan sesuatu perkara yang sangat dekat dengan hati orang ramai dan dirinya sendiri. Neelofa juga menyifatkan bahawa suaminya bertuah memandangkan beliau tidak kisah untuk memiliki anak yang ramai sedangkan terdapat segelintir wanita lain yang agak berkira kira untuk menjalani proses mengandung dan melahirkan anak.
Neelofa juga tidak menafikan sebagai ibu bapa, perlu mengambil kira kemampuan untuk membesarkan anak anak memandangkan anak anak bakal menjadi saham akhirat buat ibu bapa itu sendiri.
Menjengah keruangan komen, netizen berkata Neelofa juga mampu untuk mempunyai anak ramai jika mengambil kira keadaan ekonominya. Berikut di kongsikan komen netizen.
Bertuah PU Riz dapat isteri yang sememangnya inginkan anak yang ramai dan seronok untuk bersalin anak yang ramai. Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan pendakwah Haris Ismail atau PU Riz pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan Bilal pada 29 Januari 2022.
Sumber: tiktok nunha
Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan
-
Hiburan3 years ago
“Aik..bila Kak Engku pregnant?” – Nabila Huda
-
Hiburan4 years ago
“Ko beranak kan bidadari ke apa ni” – Azza Elite
-
Umum4 years ago
“Patutlah saya tengok Naim sejuk hati, baik hati jaga kucing saraf r0sak”
-
Hiburan1 year ago
“Ni Hannah Delisha versi mini mini la ye, cantiik betul”-Netizen
-
Hiburan4 months ago
“Tak halal sis, area rumah saya je ni” – Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wehh terkejut tgk perut akak nasib ternampak tgn tu” – Netizen
-
Hiburan1 year ago
“Taj4m mata sis blh nmpk walaupn dh masuk dlm mangkuk”- Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wanita hebat yg byk kali d0wn tp tetap teguh, membesarkan anak2” – Netizen