Connect with us

Hiburan

“Nasib baik nama bini singkat je, klo ada 5 pth perkataan jenuh member”- Netizen

Published

on

World Wide24.com E6990016a8fe0d4af5da0bfa7fd271bb Scaled

Musim para artis menamatkan zaman bujang pada tahun ini. Tirai bulan Jun ini di buka dengan berita gembira oleh pasangan pelawak Shashic Iewan dan pasangannya Filzah Azmi yang telah selamat bergelar pasangan suami isteri dengan dua kali lafaz pada hari ini. Shashic ketika di temubual melahirkan rasa penuh kesyukuran kerana telah selamat bernikah dengan cinta hatinya itu.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Shashic atau nama sebenarnya Muhammad Noor Shashic Iewan berkata mereka sudah lama menjalin hubungan dan akhirnya ke jenjang pelamin. Kongsi Shashic lagi, hubungan mereka berdua sebenarnya sudah terjalin lebih tujuh tahun sebelum masing masing terjuun ke dunia hiburan sebagai pelawak.

World Wide24.com C2d5c7fa782b79ea955d8958f7767bde

Pasangan terbabit dinikahkan bapa pengantin perempuan iaitu Azmi Ghazli disaksikan Penolong Pendaftar Pernikahan Titiwangsa, Kuala Lumpur, Mohd Fauzi Bashah.

Majlis pernikahan pasangan pelawak itu turut di hadiri oleh rakan rakan industry hiburan dan juga rakan rakan pelawak.

Shashic juga membuat siaran secara langsung majlis pernikahannya itu menerusi media sosial buat tatapan para peminat dan rakan yang tidak dapat hadir.

World Wide24.com Ac29c6759ccb040948b03af0155db309

Shashic sebelum ini di kenali kerana kekurangan dirinya yang gagap berjaya merubah persepsi masyarakat terhadap kekurangan berkenaan menjadikan dirinya di terima baik sebagai seorang pelawak dan menganggotai kumpulan lawak Bahye.

Selain daripada menjadi pelawak, Shashic juga pernah menghasilkan lagu berjudul Ku Su Su Suka Dia ciptaan Harry Khalifah dan mendapat sehingga 1.2 juta tontonan di saluran Youtube. Meskipun Shashic gagap namun lagu tersebut mampu dinyanyikan dengan baik oleh Shashic.

@f8buzz

Gagap-gagap pon dua kali je bro, yang lain bersorak gembira tu mesti ingat kena buat lapan kali kan? Apa-apa pun tahniah @Shashic Iewan & Filzah Semoga kekal hingga ke jannah 🤍 #f8buzzhiburan #shashic #filzah #gagap

♬ original sound – F8Buzz – F8Buzz

Menerusi perkongsian di media sosial, satu laman hiburan telah menyiarkan rakaman ketika Shashic melafazkan akad nikah dan berkongsikan suasana ketika majlis pernikahan pelawak berkenaan.

Ketika lafaz akad nikah kali pertama, Shashic agak gugup namun lafaz akad nikah berkenaan akhirnya sah pada akad kali kedua membuatkan rakan dan para tetamu bersorak gembira dan penuh rasa lega.

World Wide24.com 65a667802ab97a0ed32fe4f4191d4fb2

Menjengah keruangan komen, ada segelintir netizen yang tidak menyangka kekurangan gagap yang di miliki oleh Shashic adalah sifat dirinya yang sebenar sehingga menganggap gagap berkenaan hanya di buat buat.

Sementara itu, komen netizen yang lain pula mereka turut berbangga apabila Shashic berjaya melafazkan akad nikah dalam percubaan kali kedua meskipun gagap.

Netizen juga bersyukur isteri Shashic mempunyai nama yang singkat kerana dapat memudahkan lafaz akad nikah berkenaan. Berikut di kongsikan komen netizen.

World Wide24.com 72114ad5754a5d9f0bf561b34bae5d20

Sebagai rekod, Filzah berkata dirinya tertarik dengan Shashic di sebabkan kekurangan gagap yang di miliki oleh suaminya itu. Shashic dan Filzah sebenarnya sudah mengikat tali pertunangan sejak tahun lalu dan sepakat menamatkan zaman bujang tahun ini.

Pasangan mempelai diraikan keluarga kedua-dua belah pihak dan majlis pernikahan turut dihadiri rakan-rakan pelawak. Filzah berkata, beliau berharap perkahwinannya bersama Shashic akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Sumber: tiktok f8 buzz

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!