Connect with us

Hiburan

“Udah2 la Dato, malu dgn anak2, anak2 dah besar” – Netizen

Published

on

World Wide24.com 5647edfe5b6fc2e104a818cde47785a4

Melihat video dua ‘figura’ ini di media sosial ramai nampaknya netizen yang ‘risau’ gandingan mereka. Apa taknya jika melihat status dimuatnaik usahawan sensasi, Datuk Seri Alif Syukri di Instagram nya ini, beliau membayangkan seakan akan bergabung untuk menghasilkan lagu baru dengan penyanyi dangdut negara genit yang mana bintangnya bersinar di negara seberang, Baby Shima. Sempat Alif bertanya ramai yang tidak sabar tak? Hahhh cuba jawab…

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Entah mengapa, barangkali dek stigma terhadap penyanyi bergenre demikian di negara ini selain imej luaran Shima yang ramai mengatakannya agak s3ksi dan acah-acah g3dik macam video dikongsikan Alif ini, ramai memandangnya ‘serong’ biarpun bakat dan kehadirannya diterima baik di Indonesia.

World Wide24.com Fba6c4e2746d5bff3b12590c3aa5ca50

Justeru bila Alif mengatakan hendak menghasilkan lagu baru dengannya ni, banyaklah pandangan dan respons yang diberikan netizen di ruangan komen hantarannya itu. Ada yang suka, ada yang sebaliknya dan ada pula yang so-so saja…

“Hari tu mcm mcm menyesal fikir nak m4ti semua… Skrg xjadi m4ti ke mcm mana?”, “Tak malu ke dgn anak2 dah besar?”, “Buatlah… Mesti family Dato pun suka. Netizen jgn larang”, “Tak yah la Dato buat tambah dosa saja”, “Ya Allah buat perangai blk”.

World Wide24.com E1b2da68bc2aac2c24b239c1f5d57ed5

“Musim haji ni Dato”… Malulah sikit. Ini yg aku takut kalau hidup senang lupa Isl4m. Xtau halal haram”, “Dunia dah cukup panas ditambah lagi dgn hal bukan2″, ” Semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua”, “Kesian mak, bini, anak tgk”, “Tak sesuai, xada faedah. Hentikanlah”.

 

Itu antara komen netizen dalam ruangan komen. Alif yang juga bergelek sakan dalam video perkongsiannya itu turut dilihat ‘sama naik’ dengan Shima. Cuba yang ada anak-anak dah besar tu bayangkan kalau anda seorang bapa buat aksi macam Alif ni sesuai tak?

World Wide24.com 78945bfee401575b6367be7b228f2a7a

Gamaknya Alif membuatnya sekadar hiburan atau biasalah untuk marketing, tapi adakah sesuai dengan cara bergabung sedemikian sebagai seorang bapa mempunyai anak enam dan ada isteri serta ibu kandung yang santun dan dihorm4ti? Wallahualam.

Jika mengimbas gandingan Alif dan Shima sebelum ini, memang sudah ada penghasilan lagu dangdut mereka antaranya bertajuk ‘Baby Sayang’ pada tahun lalu. Melihat gaya mengg0da Shima dalam klip video lagu tersebut juga macam tak sesuai sebagai tauladan buat anak-anak.

World Wide24.com 692f7ffb9c607584ee5d53b5d2828e09

Selain itu, Alif juga pada tahun lalu dalam klip lagu bergandingan dengan Shima pernah menimbulkan k0ntroversi apabila wanita itu dilihat ‘memperkudakan’ seorang Tiktoker hingga mendapat kec4man netizen apabila ia dilihat tak sesuai dengan budaya orang kita di negara ini.

Apa pun harap Alif tak buat benda-benda pelik kali ni… Dah namapun ramai pengikut dalam pelbagai usia pula tu, mestilah tunjukkan contoh dan teladan yang baik terutama buat anak-anak sendiri dan anak serta ibu bapa lain di luar sana sebagai generasi yang membina dan berwawasan.

World Wide24.com D6d168fc3324c6c7d74c20f634ebaa70

 

Sumber : IG Dato Seri Alif Syukri

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!