Hiburan
“Modai tinggal bini la tu Jep”- Netizen
Pelawak dan penyampai radio Jep Sepahtu bersama pasukan Superlawak FC telah berangkat ke Jepun beberapa hari lalu untuk menyertai perlawanan bola sepak di negara matahari terbit itu. Superlawak FC bakal bertemu dengan pasukan daripada Jepun dalam Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Bola Sepak Amatur. Selain daripada Jep, pasukan Superlawak FC ini turut di sertai oleh barisan selebriti dan beberapa pelawak tanah air seperti Tomok, Rahim, Shah Slam dan Pak Ya.
Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!
Meskipun dalam barisan pemain pasukan tersebut merupakan para pelawak namun pasukan berkenaan bukan calang calang apabila pernah menjuarai beberapa perlawanan persahabatan yang di anjurkan di seluruh Malaysia sebelum ini.
Setibanya di negara matahari terbit itu, Jep tidak lokek berkongsi dengan para pengikut beliau di media sosial mengenai aktiviti dan juga rumah penginapan beliau bersama rakan sekumpulan di sana.
Mereka juga tidak melepaskan peluang untuk mempromosikan pakaian kebangsaan iaitu baju melayu sepanjang berada di Jepun dan merancang untuk memperagakan pakaian kebangsaan itu di bandar Jepun beramai ramai.
Di sebalik kegembiraan Jep Sepahtu dan Super Lawak FC yang kini telah tiba di Jepun, menerusi ruangan komen beberapan hantaran kemaskini pasukan tersebut di Instagram, netizen kerap bertanyakan mengenai Mamat yang merupakan bekas anggota kumpulan Sepah.
Bagaimanapun menjawab persoalan netizen, Jep menjelaskan bahawa Mamat tidak dapat mengikuti perlawanan bola kali ini kerana rakannya itu terlibat dengan program Mega Spontan yang bersiaran setiap hari Jumaat di Astro dan Mamat perlu memberikan komitmen terhadap program tersebut.
Hampir beberapa hari di negara matahari terbit, sudah pasti timbul perasaan rindu kepada isteri dan anak tercinta yang kini jauh di tanah air. Menerusi instagram Jep, beliau memuatnaik satu video menyampaikan ucapan sayang buat isterinya Sariyanti.
Walaupun jarang sekali beraksi romantik di media sosial dan meluahkan rasa sayang kepada isteri, namun Jep mengambil kesempatan ketika keluar bersiar siar di Jepun untuk merakamkan ucapan sayang buat isterinya itu.
Memandangkan Jepun kini sedang di landa musim salji, Jep kemudiannya menulis nama isterinya Sariyanti berserta ucapan sayang di sebuah dinding yang seliputi salji. Jep mengakui dirinya sendiri berasa agak kekok menjadi seorang yang romantik namun tidak menolak untuk melakukan tindakan romantis itu sekali sekala untuk isteri tercinta.
Menjengah ke ruangan komen, Sariyanti juga menulis komen membalas kembali ucapan yang di tulis oleh suami untuk dirinya itu. Beberapa komen lain yang di tingg4lkan oleh netizen pula memuji tindakan Jep yang di rasakan sebagai cukup romantis.
Netizen juga mengusik sekiranya Jep sebenarnya cuba ‘membeli jiwa” dan mengambil hati isterinya itu kerana mereka terpaksa berjauhan demi perlawanan bola sepak di Jepun dan Jep juga meningg4lkan isteri dan anak anaknya itu untuk suatu tempoh yang agak lama.
Namun begitu, rata- rata netizen memuji tindakan Jep berkenaan. Berikut di kongsikan komen komen netizen terhadap hantaran yang di kongsikan oleh Jep itu.
Sekali sekala Jep tunjuk ‘sweet’ dengan isteri tercinta apa salahnya. Kadang kala bila berjauhan boleh timbul rasa rindu dan tidak salah untuk Jep luah rasa rindu untuk isteri tercinta. Sariyanti pun bukan main sporting lagi balas komen bagi ucapan yang sama buat suami.
Sumber: ig jep sepahtu
Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan
-
Hiburan3 years ago
“Aik..bila Kak Engku pregnant?” – Nabila Huda
-
Hiburan4 years ago
“Ko beranak kan bidadari ke apa ni” – Azza Elite
-
Umum4 years ago
“Patutlah saya tengok Naim sejuk hati, baik hati jaga kucing saraf r0sak”
-
Hiburan1 year ago
“Ni Hannah Delisha versi mini mini la ye, cantiik betul”-Netizen
-
Hiburan4 months ago
“Tak halal sis, area rumah saya je ni” – Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wehh terkejut tgk perut akak nasib ternampak tgn tu” – Netizen
-
Hiburan1 year ago
“Taj4m mata sis blh nmpk walaupn dh masuk dlm mangkuk”- Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wanita hebat yg byk kali d0wn tp tetap teguh, membesarkan anak2” – Netizen