Connect with us

Hiburan

“Nak tunjuk apa sebenarnya, tak tutup aurat dah satu” – Netizen

Published

on

World Wide24.com 320725bc3f632108b535b33b15df7bf3

Semenjak mendirikan rumah tangga dengan anak kepada pasangan pengarah, Jinggo Azman dan aktres, Sheila Rusly, makin mendapat perhatian pula menantunya nan seorang ini. Gamaknya dek Sheila juga mempunyai peminat dan pengikut ramai di medsos, sudah tentu perihal anak menantu dirinya juga netizen nak tahu. Tak hairan apabila kelibat pelakon, Elisya Sandha juga meraih perhatian.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Tambahan pula sejak Elisya dan suaminya, Uzair Haqimy dikurniakan cahaya mata yang comel, Bunga Elhaq hampir setahun lalu, makin bertambah pengikut Elisya dan Sheila yang mahu mengikuti juga perkembangan si kecil itu.

World Wide24.com 193b4c0922e738e9c3e009edf17bbe60

Tak seperti sesetengah retis lain, Elisya pun nampaknya tak kedekut berkongsi perkembangan anaknya dengan acap memuatnaik di medsos macam hantarannya ini. Tumpang happy kita melihatnya. Cepat betul rasanya Bunga membesar.

Peminat pun rasa dekat dengan Elisya bila dia berkongsi tentang aktiviti dan perkembangan kerjaya seninya. Begitupun dah namanya netizen, nak-nak bila ada saja yang tak kena di mata, mesti ada saja yang berkata-kata.

World Wide24.com 89942e4c5b97faab8a78cd7de68fff4b

 

Pada asalnya mungkin mahu berkongsi tentang dirinya dan Bunga yang sudah memasuki usia 11 bulan, lain pula yang menancap mata netizen. Bahagian pakaian Elisya yang menampakkan  bawah lengannya jadi perhatian.

 

Mana taknya, bahagian itu agak luas didakwa memperlihatkan ‘sesuatu’ yang tak sepatutnya. Berduyun komen netizen mengingatkan Elisya agar lebih prihatin dengan keadaan dirinya sendiri sebelum memuatnaik sesuatu di media sosial.

World Wide24.com A21ea433af784c54087fcb91db958c18

“Nak tunjuk apa sebenarnya… x tutup aurat dh 1”, “Nasihat saya kpd yg berkenaan, sblm pos mana² pic tengok la dulu pic tu.. samada ok atau pun tidak sepatutnya..”, “Maaf, nampak bahagian x sepatutnya nampak.. ”.

“Kalau boleh delete la video ni. Malu sgt tgok. Takut Allah dulu… Dan berkawin byk perkara kena menjaga.”, “Allahuakbar nk tunjuk apa sebenarnya”, “Nampak buah d4da..hmm..knp xsensor sikit dik..msti org akn tgok ulang2..”.

World Wide24.com 301885fb2f4e1033a6a6e6548b99c87f

Itu antara komen netizen. Tak kurang juga meminta agar ahli keluarga Elisya dapat menegur atau Sheila sendiri  berbuat demikian kerana menyifatkan dirinya ketika memberi teguran pada orang lain agak boleh tahan pedas.

Apa pun bersangka baik dan doakan yang baik-baik saja. Barangkali Elisya, suami atau Sheila sendiri tak perasan. Kalau meninjau di ruangan komen hantaran Elisya itu, Sheila hanya meningg4lkan respons: ‘Mama dah rindu lahhhhh’.

World Wide24.com 4690ff1faa7ec3aaa7178d04f3bf9c15

Sumber : IG Elisya Sandha

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!