Connect with us

Hiburan

“Habis otak kiri kanan berfungsi nak translate” – Netizen

Published

on

World Wide24.com C7acfef61289568f234c94e2c3668e4e

Fenomena gelombang keg1laan terhadap seni nyanyian K-pop dan drama dari negara Korea oleh rakyat di negara ini yang melanda sejak beberapa tahun lalu hingga kini, tampaknya belum nampak surutnya. Tak hairanlah, stesen televisyen, radio apatah lagi pihak menggunakan platform media sosial mengambil kesempatan menghidangkan sentuhan karya dari sana. Teruja sambutan diterima, artis Korea juga menjejakkan kaki di negara ini.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Macam pasangan penyanyi duo popular di Korea yang semakin dikenali di Asia, HoonDoo, selain terkenal di negara ini, mereka juga famous di negara seberang. Hinggakan rancangan realiti TV banyak mengundang kemunculan mereka.

World Wide24.com 715617ce2b1a7f5e8efe953b93a2bc1b

Tapi bukan semua mengerti berbahasa  sana. Bila sudah diundang, tentu saja khidmat juru bahasa atau mereka yang mahir bercakap Korea diperlvkan. Untungnya, mereka ada kelebihan itu seperti personaliti, Muna Bella ini.

Bergelar penyampai radio lebih dua tahun lalu di stesen radio ERA dan diamanahkan ruangan Daebak yang khas untuk peminat perkembangan semasa dunia hiburan Korea termasuk belajar bahasa itu, Muna Bella nampaknya jadi insan terpilih.

World Wide24.com F83e68655e1df115326f5dd7512d931a

Jadi ‘jurualih bahasa’ rancangan program TV lagi. Terlihat dalam hantaran dikongsikan di IG ERA yang Muna Bella mengalihkan bahasa dari Indonesia ke Korea. Nampak lancar dan membanggakan jugalah dia di pentas itu bersama HoonDoo.

Begitupun aksinya yang terlihat seakan sedang mengelap peluh ketika diminta mengalih Bahasa untuk HoonDoo itu menarik perhatian netizen hingga meluahkan pelbagai respons di ruangan komen pada hantaran berkenaan. Ramai juga yang mengusik.

World Wide24.com 5ee30cdb7e994e97bd7a5ace82774a5c

“Habis otak kiri kanan semua berfungsi nak translate dari bahasa indo ke bahasa melayu ke korea”, “Mau x berpeluh , juri pun bg le pendek2 komen baru dia blh translate ”, “Tapi tetap muna powerrr”, “Paduuu ….”.

“Bagusnya bdk bella ni ya.. bljr mana dulu?”, “Terbaik munabella…Bukan senang nak translate dri indonesia ke malaysia ke korea pulak. Plus siaran langsung.. fuhh”, “Tapi masa andmesh tu komen yg korea tu terangguk angguk gak..igtkan faham da”.

World Wide24.com F3d389958e46d967d9b71028defa91fa

Itu antara komen netizen. Rupanya tak kurang yang baru tahu kelebihan Muna Bella teruja melihat kemampuannya yang boleh berkomunikasi dan memahami bahasa Korea. Memanglah tahu… tapi kalau kena alih bahasa panjang tu…

Huh… memang boleh berpeluh jugalah dibuatnya. Mana nak alih bahasa, mana nak ingat apa yang penyanyi suara lunak yang popular dari Indonesia, Andmesh Kamaleng yang sebelum tu dah komen berjela-jela lagi. Memang terbaiklah Muna…

World Wide24.com 965b2645be6375404ee351263ae3bf30

Sumber : IG ERA

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!