Connect with us

Hiburan

“Sejak bila Naim Daniel rambut panjang” – Netizen

Published

on

World Wide24.com C47254d48f3600e4135d63f9b42ab94c

Mempunyai saudara kandung merupakan antara anugerah tak ternilai daripadaNya. Nama saja ‘sepusat-sepusing’, tapi biarpun lahir daripada wanita yang sama, kadang perangai adik-beradik ni tak semestinya serupa. Pun begitu, sedikit sebanyak dah namanya sed4rah-sedaging ada juga kesamaan terutama dari segi air muka seperti pelakon, Ummi Nazeera dan abangnya yang juga seorang stylist fesyen, Ahmad Nazreem.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Terbaharu, penampilan Nazreem bersama adiknya itu dalam hantaran Ummi di IG nya antara menarik perhatian netizen. Bagi yang belum mengenali, pasti tertanya-tanya siapakah gerangan ‘gadis’ duduk rapat di sebelah Ummi itu.

World Wide24.com 657cefde9750d15af54aa106c177b9c4

Berbusana serba putih, berambut panjang ikal mayang, bahkan wajahnya bertata rias, pasti ramai tak sangka itulah abang kepada Ummi. Mana taknya, sekali pandang ‘jelita’ sungguh. Dua kali pandang baru nampak halkum.

Menariknya pada beberapa posisi semasa foto dirakam dalam satu majlis berkaitan produk rambut itu, kelihatan dah ‘sebijik’ betul rupa paras Nazreem dan Ummi. Dah nampak macam sepasang adik-beradik kembar pulak.

World Wide24.com 491443e12342e26ae443c764fc83ff25

“Sejak bila naim daniel rambut panjang”, “Abangnya da mcm twin ummi..seiras sgt”, “Good morning..2 org la umminazeera”, “Masyaallah lawanyaa ”, “kak Ummi you are so pretty. Itu antara komen netizen.

Agak mencuit hati juga apabila ada yang menebak Nazreem sebagai penyanyi yang juga pelakon, Naim Daniel. Ya juga… kalau diimbas memang macam muka Naim pun ada. Apa pun memang unik betul abang Ummi ni.

World Wide24.com 5925007797e9e0ebb8c5d3aae0bdb647

Jika menjengah medsosnya, terlihat ketara ada ‘dua sisi’ ketrampilannya. Feminin dan maskulin. Jika bermekap dan berambut panjang sebijik Ummi. Manakala tika melihat dirinya berperwatakan lelaki boleh bikin para gadis cair juga…

Kalau mengimbas perkongsian di maya akan Ummi dan abangnya yang dikatakan bergelar Dato’ ini, mereka sebenarnya juga sudah biasa sekali-sekala muncul bersama di pentas-pentas peragaan dan fesyen berkaitan.

World Wide24.com 962b1d46ba35cf22f5504e176edccd26

Ummi mencipta nama dalam dunia lakonan menerusi drama terbitan TV3 iaitu siri TV ditayangkan pada tahun 2009 yang berjudul Nur Kasih di samping barisan bersama pelakon berbakat iaitu Remy Ishak, Tiz Zaqyah dan Fizz Fairuz.

Ummi mendirikan rumah tangga dengan  Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani pada 23 Julai 2017 dan sehingga kini sudah dikurniakan dua cahaya mata. Difahamkan Ummi dan Nazreem sememangnya rapat sejak dari kecil.

World Wide24.com B906fafbfe55cdc85e3508808dbfa94d

Sumber : IG Ummi Nazeera

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!