Hiburan
“Untungnya Adira dpt madu sebaik itu” – Netizen
Siti Adira Suhaimi atau lebih dikenali sebagai Adira memulakan kerjaya seni setelah menyertai rancangan reality Akademi Fantasia. Anak kelahiran Ranau, Sabah ini merupakan anak bongsu daripada 8 adik-beradik. Sejak bergelar ibu, Adira lebih memberikan tumpuan dan perhatian kepada aktiviti anak- anak dan keluarganya berbanding menjayakan jemputan serta terlibat dengan aktiviti seni.
Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!
Namun begitu walaupun beliau mengurangkan aktiviti seni demi memberikan tumpuan buat anak- anak, ada sahaja perkongsian terbaru beliau di media sosial bersama anak- anak untuk mengubati kerinduan para peminat.
Menyingkap kehidupan peribadi penyanyi ini, Adira merupakan isteri kedua kepada Datuk Red dan merupakan madu kepada Datin Seri Sharifah Norshafila atau lebih di kenali sebagai Datin Red di media sosialnya.
Adira mendirikan rumahtangga pada 3 Disember 2015 dan hasil perkongsian hidup bersama Datuk Red, Adira di kurniakan empat orang anak iaitu Anggrek, Asan, Anggun dan Ayoub.
Menerusi satu perkongsian di Instagram Hlive, sedutan video pelantun lagu Ombak Rindu itu merakamkan sesi temubual bersama pengacara Awal Ashaari untuk program Hard to Heart Musim ke lima telah pun di paparkan.
Rancangan ‘Hard to Heart’ merupakan sebuah program bual bicara yang di kemudikan oleh Datuk Aznil Haji Nawawi sebelum ini sehingga musim ke empat. Kini program bual bicara berkenaan sudah memasuki musim kelima ianya di ambil alih oleh pengacara baru iaitu Awal Ashaari.
Pada episode kali ini, Adira berkongsi mengenai latar belakang peribadi beliau yang ramai tidak tahu selama ini. Kongsi Adira, beliau selama ini membesar tanpa kehadiran seorang bapa dan hanya mula mengenali 4rwah bapanya ketika sudah berusia 21 tahun. Adira juga mendedahkan bahawa ibunya juga pernah mempunyai madu ketika menjadi isteri pertama.
Umum mengetahui Adira merupakan isteri kedua kepada Datuk Red. Ketika soalan berkenaan madu di ajukan oleh pengacara Awal Ashaari, Adira tanpa berselindung mendedahkan sekiranya boleh di putar masa, beliau mahu mengubah kepuutusan yang telah di buatnya ini.
Namun apabila melihat wajah anak- anak, beliau redha dengan jalan kehidupan yang telah di pilihnya suatunya ketika dahulu.
Kongsi Adira lagi, tidak mudah untuknya mengharungi pelbagai cabaran untuk sampai ke tahap sekarang dan memperbaiki hubungan dengan madunya. Semakin meningkat usia, beliau juga redha dengan perjalanan kehidupannya.
Adira juga banyak menerima nasihat daripada ibunya supaya sabar menjalani kehidupan bermadu. Adira berkata beliau juga terpaksa menempuhi pelbagai cemuhan dan tomahan daripada masyarakat.
Selama ini beliau hanya berdiam diri dan menutup rapat segala keperitan yang di lalui dan simpan sendiri semuanya.
Sepanjang 8 tahun bermadu juga, Adira berkata dirinya sedar kedudukan sebagai isteri kedua dan berdoa supaya madunya di lembutkan hati.
Dedah Adira lagi, sebagai isteri kedua beliau sentiasa cuba berusaha meluangkan masa serta menunjukkan usaha untuk mengambil hati madunya untuk berbaik. Adira juga berkata beliau menyayangi anak madunya seperti anaknya sendiri.
Adira bersyukur kerana setelah hampir 8 tahun berlalu, usaha beliau akhirnya berbaloi kerana beliau dan madunya kini sudahpun berbaik. Adira juga berdoa serta berharap untuk meraikan sambutan Aidilfitri kali ini bersama keluarga madunya.
Perkongsian daripada Adira tersebut benar- benar menyentuh hati pengacara Awal Ashaari dan turut mengusik hati para netizen. Menjengah keruangan komen, sikap sabar Adira mendapat pujian daripada netizen.
Malahan netizen juga memuji madu Adira yang baik hati dan akhirnya sudi menerima kehadiran Adira dalam kehidupan beliau. Berikut di kongsikan komen netizen.
Bukan mudah menjalani kehidupan bermadu, namun Adira tetap cekal dan tabah mengharungi dugaan menjadi isteri kedua. Anak anak lah yang menjadi penguat semangat beliau selama ini. Ramai yang suka tengok gelagat anak anak Adira di Instagram kan.
Sumber: Instagram hlive
-
Hiburan3 years ago
“Aik..bila Kak Engku pregnant?” – Nabila Huda
-
Hiburan4 years ago
“Ko beranak kan bidadari ke apa ni” – Azza Elite
-
Umum4 years ago
“Patutlah saya tengok Naim sejuk hati, baik hati jaga kucing saraf r0sak”
-
Hiburan1 year ago
“Ni Hannah Delisha versi mini mini la ye, cantiik betul”-Netizen
-
Hiburan4 months ago
“Tak halal sis, area rumah saya je ni” – Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wehh terkejut tgk perut akak nasib ternampak tgn tu” – Netizen
-
Hiburan1 year ago
“Taj4m mata sis blh nmpk walaupn dh masuk dlm mangkuk”- Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wanita hebat yg byk kali d0wn tp tetap teguh, membesarkan anak2” – Netizen