Connect with us

Hiburan

“Bilal tak beri kerjasama, nak lari mana tu haha” – Netizen

Published

on

World Wide24.com 7b534ff1afcdf1d1af9680af748174dd

Sejak dalam fasa mengandung dan setelah melahirkan anak ramai para peminat yang menantikan untuk melihat wajah dan mendengar sendiri perkongsian selebriti dan usahawan terkenal Noor Neelofa mengenai anak dan kehidupan rumahtangganya itu.  Namun begitu sejak dari kehamilan pertama lagi selebriti berkenaan membuat keputuusan untuk tidak mengumumkan mengenai kehamilan dirinya itu.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Namun begitu atas faktor keselamatan, Neelofa mengambil kepuutusan untuk mengambil sedikit masa sebelum mendedahkan wajah anaknya itu. Setelah hampir sembilan bulan berteka teki dengan para peminat, Neelofa akhirnya mendedahkan wajah comel Muhammad Bilal sekitar bulan Oktober tahun lalu.

World Wide24.com 0492012096a93f0a0c3a2b8330e79887

Sejak melahirkan Bilal, Neelofa jarang berkongsi aktiviti anak sulungnya itu sehinggalah beliau mendedahkan wajah Bilal baharulah Neelofa sedikit terbuka untuk berkongsi wajah dan perkembangan Bilal bersama peminat.

Ramai peminat yang sering menantikan untuk melihat aktiviti dan wajah comel Bilal kerana merasa tidak puas dengan video yang berdurasi hanya beberapa saat di paparan media sosial.

World Wide24.com 9a2c6b6b6cab5ca58a6311bd44a2e46f

Sempena sambutan hari raya aidilfitri tahun ini, ramai selebriti yang berkongsi gambar kenangan sambutan hari raya bersama keluarga di media sosial masing masing.

Neelofa juga tidak ketinggalan berkongsi beberapa gambar sekitar sambutan hari raya bersama anak lelakinya Muhammad Bilal dan suami PU Riz buat tatapan para peminat di Instagram.

Di Instagram kakak Neelofa, iaitu Noor Nabila pula, beliau ada memuatnaik sebuah video yang memaparkan kemeriahan ragam ahli keluarga mereka ketika mahu merakamkan gambar kenangan sambutan aidilfiitri bersama sama.

Menurut Neelofa anaknya Muhammad Bilal agak meragam kerana mengantuk dan tidak mahu memberikan kerjasama ketika mereka sekeluarga mahu merakamkan gambar raya bersama ahli keluarga yang lain kerana tidak cukup tidur.

Di dalam video yang di paparkan itu, kelihatan gelagat Muhammad Bilal yang meragam dan tidak mahu duduk diam di pangkuan Neelofa menyebabkan tiada satu pun gambar yang elok dapat di rakamkan oleh mereka.  Namun begitu, mereka sekeluarga tetap gembira melayani gelagat anak anak.

World Wide24.com 0940440b9b80a5c5ae633558beb625de

Gelagat comel Bilal yang sedang beraya bersama atok dan neneknya dan berwajah gembira ketika menerima sampul duit raya bagaimanapun berjaya di rakam dan gambar tersebut juga berjaya menarik perhatian netizen yang geram dengan kecomelan Bilal.

Menjengah ke ruangan komen, netizen terhibur dengan gelagat Bilal yang tidak boleh duduk diam dan mahu lari daripada merakamkan gambar bersama ahli keluarganya. Berikut di kongsikan komen netizen.

World Wide24.com 0d0c90ef43c8dec9d1d0b0bab35097fb

Di sebalik kemeriahan sambutan aidilfitri keluarga ini, netizen juga perasan mengenai ketiadaan suami kepada Noor Nabila iaitu Engku Emran.

Kelibat Engku Emran sudah lama tidak kelihatan di instagram Nabila. Namun begitu, pertanyaan netizen mengenai ketiadaan suami Noor Nabila di ruangan komen tidak menerima sebarang balasan daripada Nabila.

Sumber: ig noor nabila

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!