Connect with us

Hiburan

“Part Kak Abby k1ss Kak Memey mengundang sebak”- Netizen

Published

on

World Wide24.com 2919f92f5b12e8814824bf85f51e7e43

Perkahwinan dan perc3raian merupakan fitrah dalam kehidupan manusia. Jodoh dan pertemuan bukanlah sesuatu yang mudah di jangka, namun perc3raian tidak semestinya menjadi satu titik perngakhiran buat sesuatu hubungan. Tak di nafikan hubungan baik pelakon Abby Abadi dengan bekas suaminya iaitu Norman Hakim dan isterinya Memey Suhaiza sering menjadi tumpuan netizen di media sosial.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Bukan itu sahaja, malahan silaturrahim yang terjalin dalam keluarga ini sering mendapat pujian dan menjadi inspirasi ramai. Jika di imbas kembali kontroversi perc3raian Abby Abadi dan Norman Hakim suatu masa dulu, memang ramai yang meramalkan bahawa mereka berdua seolah tidak mungkin akan boleh berdamai.

World Wide24.com 0003782e85ed1c7c67b62df2a861bda1

Kebanyakkan netizen juga sangat kagum dengan silaturrahim yang telah terbina dan menyukai hubungan antara Abby Abadi dan Memey Suhaiza. Umum mengetahui kisah hangat pergolakan rumahtangga yang pernah berlaku di antara Abby Abadi dan bekas suaminya Norman Hakim yang terlerai di sebabkan kehadiran Memey ketika itu.

Menerusi perkongsian Abby sebelum ini, bekas pelakon Gerak Khas berkenaan memberitahu, bahawa selama ini beliau tidak pernah sekali pun mengatakan bahawa dirinya memb3nci Memey. Malahan apa yang berlaku sebelum ini adalah masalah antara dirinya dan Norman.

World Wide24.com 2a3534fb57b2fa91504dbf0751717296

Abby Abadi juga mengakui beliau juga pastinya mempunyai kesilapan diri sehingga keadaan tidak menyebelahi beliau ketika itu. Namun Abby berkata beliau akur kerana pastinya Allah lebih tahu apa yang terbaik buat dirinya. Kini semuanya tinggal kenangan dan masing- masing juga telah menerima ketentuan Ilahi dengan rela hati.

Abby juga mengakui bahawa Norman sangat serasi bersama Memey manakala dirinya pula kini gembira dengan kehidupan baru bersama suami Faizal Zakaria. Selepas mereka berdua masing masing membina kehidupan baharu, Abby dan Norman kini pula di jadikan contoh sebagai sebuah keluarga besar yang bahagia.

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram, Norman berkongsi video sambutan hari raya beliau bersama keluarga Abby Abadi dan anak anak. Menurut Norman, beliau bergegas daripada Kuantan ke Kuala Lumpur untuk menyambut hari raya bersama keluarga Abby.

Jika di lihat perkongsian di Instagram Norman sebelum ini, setiap tahun pasti beliau akan meluangkan masa untuk menyambut perayaan aidilfitri bersama keluarga Abby demi merakamkan kenangan indah bersama anak anak.

World Wide24.com F7626e6e02044e142173b7c339f8c056

Usaha Norman untuk menjaga silaturrahim beliau bersama bekas isteri dan juga merakamkan kenangan sambutan aidilfitri demi anak anak meraih pujian daripada netizen.

Netizen menyifatkan keluarga besar Norman dan Abby sebagai keluarga yang terbaik kerana mereka berdua mempunyai hati yang suci murni dan tidak menyimpan sebarang d3ndam antara satu sama lain.

Malahan di dalam video berkenaan juga Abby di lihat sedang menyiapkan Memey serta menc1um pipi Memey tanda kasih sayang.

Tindakan Abby tersebut juga mengundang sebak netizen yang dapat merasai kasih sayang yang ikhlas antara Abby dan Memey. Berikut di kongsikan komen netizen.

World Wide24.com E7146748a89ba5c7427ff8fc79118138

Mengimbas kembali detik mereka saling berdamai, masing masing harus ketepikan 3go selain memasang niat untuk berubah barulah boleh bersatu untuk membentuk sebuah keluarga yang harmoni.

Abby dan Memey juga tidak mempunyai sebarang isu atau kebencian kerana mereka berdua sudah mempunyai keluarga sendiri. Mereka berdua juga kini sudah membina persahabatan utuh antara kedua keluarga demi kebaikan anak anak.

World Wide24.com 98bf820aca6366c1de5b3a2db34a7dab

Sebagai rekod, kisah perc3raian Abby dan Norman cukup hangat diperkatakan pada 2009. Abby kemudiannya bertemu jodoh dengan Muhammad Faizal Zakaria pada 2015, manakala Norman berkahwin kali kedua dengan pelakon Memey Suhaiza pada September 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata.

Biarpun pernah melalui pengalaman pahit dalam rumah tangga namun Abby dan Norman kini kekal bersahabat baik sehingga menjadi inspirasi buat netizen.

Sumber: Instagram norman hakim

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!