Connect with us

Hiburan

“Bijak dia dapat tahu mana yg bwh & mana yg atas” – Netizen

Published

on

World Wide24.com 9b4cf0e84e4b0e184e86ce49fd499d11

Tiada apa lebih membanggakan dan menggembirakan hati seorang ibu dan bapa selain melihat anaknya membesar dengan sihat dan bijak. Apatah lagi masa untuk melihat perkembangan si kecil tak akan berulang lagi seiring berjalannya jam dan waktu. Justeru seperti ibu dan bapa lain, selebriti popular, Neelofa dan suami PU Riz juga sering merakam moment anak mereka, Bilal.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Tumpang gembira juga netizen dibuatnya menatap aksi Bilal setiap kali ia dikongsikan di medsos. Macam video terbaharu dikongsikan ni. Terserlah tahap kebijakan Bilal dalam perkembangan sensory nya.

World Wide24.com Deec730228a9f0015e2901f32ba33e64

Lihat saj4lah bagaimana dia menyusun kubah permainannya tu. Pandai pulak mengatur dari bahagian kecil sehingga besar tanpa perlu diajar. Beruntunglah Neelofa dan PU Riz dapat anak secerdik Bilal. Ni petanda awal jadi anak berjaya ni…

“MasyaAllah bijaknya budak cute ni”, “He know that it didn’t fit and a wrong”, “MasyaAllah bijak dia dpt tahu mana yg bwh & mana yg atas”, “MasyaAllah bijak sangat Bilal ni. Geramnya”, “Pandai Abg Bilal”.

World Wide24.com 1b6a42ca03c1600b2e1d0cebfc376832

Itu antara komen netizen. Jika diperhatikan, Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari tahun lepas yang bakal bergelar abang tak lama lagi ni makin lama semakin bijak. Eloklah dah nak dapat adik.

 

Biasanya budak yang nak dapat adik ni akan ekstra bijak dan kreatifnya. Silap hari bulan dengan adik-adiknya pun dia boleh tolong jagakan dan akan jadi lebih berakal macam abam-abam…

World Wide24.com 7ee88394171e0c0772be6035c689e24b

 

Masih mengekalkan fizikal tubuh ‘berketul-ketulnya’, ramai pula yang geram bila tengok bahagian tangan dan kaki Bilal yang macam roti paun itu. Lagi bikin geram melihat kecomelan dan cerdiknya dia…

Apa pun kalau melihat kelibat Neelofa dengan perutnya yang tampak semakin besar, macam dah tak lama je lagi jangkaan bersalin ibu Bilal ni. Begitupun dalam sarat, masih sempat melayan anak sulung tersayang.

World Wide24.com 46bf706d0d0b825d55cd88d3643cec3a

Biarpun tak mengumumkan secara rasmi, Neelofa hamil anak kedua mula diperkatakan dua tiga bulan lalu selepas video menampakkan perubahan susuk fizikalnya menjadi tular dalam laman sosial.

Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Haris Ismail atau PU Riz pada 27 Mac 2021. Seperti abangnya, tak kurang yang mendoakan agar bakal adik Bilal, cahaya mata kedua Neelofa itu nanti juga bijak dan helok seperti Bilal.

World Wide24.com E63bb3b8be0de79a3fbb968521a8e7c9

Sumber : IG lofa.page

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!