Connect with us

Hiburan

“Bila mak mertua masuk dapur, auto tak reti masak”

Published

on

029EB21B 8D7F 4832 B913 519AB0888582 Scaled

Penyanyi yang telah sekian lama menjadi idola rakyat Malaysia iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin sehingga kini masih lagi aktif menyanyi. Sikap peribadi penyanyi berkenaan yang sangat merendah diri serta mudah di dekati sentiasa menambat hati para peminat beliau yang sejak dari dahulu sentiasa menjadi tonggak utama di sebalik kerjaya seninya.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Datuk Seri Siti Nurhaliza lebih mesra di panggil Tokti dalam kalangan peminat. Selain daripada aktif sebagai penyanyi, Tokti juga kini aktif sebagai seorang usahawan.

Tokti Siti 6

Tokti telah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Khalid Mohd Jiwa sekitar tahun 2006. Datuk Khalid pernah mendirikan rumahtangga dengan Tengku Zawyah Binti Tengku Izham dan memiliki empat orang anak lelaki iaitu Muhammad Anas Zawawi, Muhammad Adib, Muhammad Asyraf da Muhammad Aazief.

Sementara itu, perkahwinan Datuk Khalid atau lebih di kenali sebagai Datuk K bersama Tokti pula dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Siti Aafiyah yang kini berusia 4 tahun dan Muhammad Afwa yang kini berusia 1 tahun.

Tokti 1

Menerusi satu perkongsian di Instagram rose biru media, satu video yang memaparkan Tokti sedang membuat siaran langsung dirinya sedang memasak di dapur telahpun di kongsikan buat tatapan para peminat Tokti.

Ketika sedang dalam sesi siaran langsung tersebut, Tokti beramah mesra serta berbual bersama para pengikutnya di akaun media sosial sambil berkongsi resepi dan cara memasak.

Tidak lama selepas itu, ibu mertua Tokti tiba- tiba masuk ke dapur untuk melihat keadaan menantunya itu. Tokti yang tidak menyangka kehadiran ibu mertuanya itu semasa sesi siaran langsung bersama peminat kelihatan sangat menggelabah dan malu- malu apatah lagi insiden itu di tonton oleh ribuan para pengikut beliau di akaun media sosialnya.

Gelagat Tokti yang serba tidak kena dan kelihatan malu – malu apabila di lihat oleh ibu mertuanya ketika sedang memasak begitu mencuit hati netizen yang terhibur dengan reaksi wajah comel Tokti.

Tokti Siti 2

Seperti kebanyakan menantu yang lain juga, pastinya Tokti juga akan merasa kekok di dapur secara autom4tik dengan kehadiran ibu mertua kerana khuatir tersilap langkah memasak ataupun bahan- bahan yang di sediakan untuk masakan tidak mencukupi ataupun terlebih.

Menjengah keruangan komen, para peminat berkata mereka terhibur dengan gelagat malu- malu Tokti itu namun memahami situasi ‘luar jangka’ ketika itu yang di lalui oleh Tokti. Biasalah orang orang tua selalu tidak memahami tentang perkataan live di laman sosial.

E9AEEE1B 52D4 48F5 834D 32471FD5436F

Walaubagaimana pun Min tetap salute cubaan Tokti menutup aurat ibu mertuanya tetapi pasti lebih elok untuk terus end live demi menjaga lebih banyak perkara tang tidak di ingini. Mungkin Tokti ketika itu tengah mengelabah sangat sampai tidak sedar mengenai perkara tersebut.

Netizen juga memuji tindakan Tokti yang cuba melindungi aur4t ibu mertuanya itu daripada para pengikut di media sosial yang sedang menonton sesi siaran langsung ketika itu. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.

Tokti Siti 5

Comel je Tokti, nampak betul muka dah biru dan ketar lutut masa ibu mertua masuk dapur. Tokti pun sama je macam kita semua yang merasa segan dengan kehadiran ibu mertua kalau tiba- tiba kena spotcheck masa tengah memasak kat dapur. Sudah menjadi kebiasaan para wanita di luar sana akan merasa tidak selesa dengan kehadiran mertua ketika memasak.

Sumber: ig rosebirumedia

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu . Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

 

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!