Hiburan
“Aku plak terikut dia terjengkit2 mata “- Netizen.
Nama Janna Nick bukan lah baru dalam dunia seni. Beliau dikenali setelah membuat kemunculan sulung menerusi drama Kau Aku Kita sejak tahun 2015. Sejak itu Janna tidak berpaling kebelakang lagi dan beliau turut menceburi bidang nyanyian dengan mengeluarkan beberapa lagu seperti Mungkin Saja dan Akan Bercinta. Beliau juga mengorak langkah lebih serius dalam bidang seni apabila buat pertama kali menjadi pengarah pula untuk drama terbitan syarikatnya iaitu Delen baru-baru ini.
Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!
Janna Nick seharusnya boleh berbangga dengan dirinya kerana mampu mencapai impian untuk menjadi pelakon, penyanyi dan pengarah dalam tempoh singkat.
Kerjaya seninya berkembang dengan begitu baik dan beliau juga turut terlibat dalam beberapa iklan komersial di samping menjadi usahawan dengan mengeluarkan beberapa produk penjagaan rambut dan wajah.
Bagaimanapun disebalik setiap kejayaan yang telah dikecapi oleh Janna, sudah pasti ada harga yang perlu dibayar oleh beliau. Seiring dengan kerjaya yang memuncak, k00ntroversi yang melibatkan dirinya juga bertambah. Mujurlah ianya tidak mematahkan semangat beliau dan terus bertahan dalam bidang seni.
Terkini menerusi akaun media sosial, pelakon wanita itu memuatnaik satu video di mana beliau membuat ulasan satu produk buah strawberi yang di beli di Taipei. Menurut Janna harga buah strawberi tersebut sekitar 699 Taipei atau bersamaaan dalam RM94.
Janna berkata pada pendapat beliau, harga berkenaan agak murah berbanding strawberi yang di jual di Kuala Lumpur yang di anggarkan beliau berharga sekitar RM200.
Namun reaksi wajah Janna setelah menjamah strawberi berkenaan menarik perhatian netizen kerana beliau menjengkitkan mata kerana rasa masam buah berkenaan menyebabkan netizen turut terikut dengan mimik wajahnya itu.
Sementara itu, tindakan Janna yang tidak mencuci buah strawberi tersebut sebelum makan juga turut menjadi kritikan netizen yang rata- ratanya merasakan Janna kurang menitik beratkan aspek kebersihan apabila tidak mencuci buah strawberi tersebut terlebih dahulu.
Video berdurasi beberapa saat itu di akhiri Janna dengan menyatakan bahawa rasa buah strawberi import tersebut sebenarnya tidak jauh beza dengan buah strawberi keluaran tempatan.
Menjengah keruangan komen, video yang di ulang siar kembali di Instagram official hlive itu menerima sekitar 5093 tanda suka daripada netizen dan 73 komen. Berikut di kongsikan antara komen yang di tulis oleh netizen.
Wajah comel Janna memang senang buat netizen terpaut melihat reaksi dan ulasan jujur beliau mengenai buah strawberi tersebut. Tapi apa yang di tegur netizen ada benarnya. Sebagai contoh kepada orang ramai, apa kata Janna lebih peka dengan aspek kebersihan dan basuh buah strawberi dahulu sebelum makan.
Sumber: ig janna nick
Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu . Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan
-
Hiburan3 years ago
“Aik..bila Kak Engku pregnant?” – Nabila Huda
-
Hiburan4 years ago
“Ko beranak kan bidadari ke apa ni” – Azza Elite
-
Umum4 years ago
“Patutlah saya tengok Naim sejuk hati, baik hati jaga kucing saraf r0sak”
-
Hiburan1 year ago
“Ni Hannah Delisha versi mini mini la ye, cantiik betul”-Netizen
-
Hiburan4 months ago
“Tak halal sis, area rumah saya je ni” – Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wehh terkejut tgk perut akak nasib ternampak tgn tu” – Netizen
-
Hiburan1 year ago
“Taj4m mata sis blh nmpk walaupn dh masuk dlm mangkuk”- Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wanita hebat yg byk kali d0wn tp tetap teguh, membesarkan anak2” – Netizen