Connect with us

Hiburan

“Terkejut dengar part last tu” – Netizen

Published

on

Bagi Je Beli.. Nnti Blh Bonceng Kat Belakang.... Best Ooo Ride Sama2 Netizen 1

Sekarang ini dah ada pelbagai aplikasi di telefon yang boleh digunakan untuk mengghiburkan diri bahkan orang lain. Kepelbagaian aplikasi yang ada di telefon pintar membolehkan seseorang pengguna memanfaatkannya untuk memudahkan membuat content di media social. Pun begitu, lebih baik awas dalam penggunaannya ya… Silap hari bulan boleh ‘memakan diri sendiri’ seperti apa terjadi pada pelawak dan pengacara, Shiera Ijoy ini.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Pada mulanya Shiera atau nama sebenarnya Sharifah Shahirah ini kelihatan comel saja mengikut arahan di aplikasi untuk mendapat gaya wajah dikehendaki. Begitupun di penghujung video beliau pula ‘dicaaruti’.

Rara8

Adeh… memang tak pernah tak kelakar Shiera juga mesra digelar Kak ‘Rara’ yang merakamkan aksi berkenaan dipercayai ketika berada di konti. Walaupun sekadar content buat pengikut di medsosnya, pasti ada pengajaran boleh diambil daripada perkongsian beliau ini.

Gamaknya untuk pesan pada kita-kita ni agar jangan berlebih-lebih nak ‘beraksi’ di medsos ni ya… Apa pun memang lucu jugak. Tak memasal… terkena balik sebijik apabila Shiera mendapat gelaran ‘vavi’.

Rara6

Tak kurang juga netizen yang terkejut dengan perkataan itu di hujung ayat video dikongsikannya. Ramai juga memberikan komen dalam emoji termasuk rakan artis seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza yang tergelak panjang dibuatnya.

‘Terhibur… jarang2 tak terhibur hahahahahaaaa’, ‘adoiii lawak la btol la kak rara nih’, ‘Aduhaiiii… Vengong lah…..’, ‘macam2 awak ni..’. Itu antara komen netizen. Memang ada-ada saja Shiera ni ya. Tak dinafikan perkongsian beliau kebanyakannya memang menghiburkan.

Rara4

Shiera atau nama sebenarnya Sharifah Shahirah Syed Abu Baakar Al-Khaired mula mencipta nama sejak tahun 1993 hingga kini, sezaman dengan Didie Alias, Nina Juren, Ahmad Idham, Azhar Sulaiman, Zamarul Hisham, Rusdi Ramli dan ramai lagi.

Biarpun sinar Shiera di layar perak tidak segermerlapan aktres-aktres komedi lain, namun nama Shiera meniti bibir peminat menerusi aksi nya di kaca TV.

Drama Mat Despatch yang dibintanginya sejak 1996 hingga 2001 ternyata menjadi fenomena selain kemunculan Shiera dalam sitkom Ada Ada Aje pada tahun 2004 yang memberi tuah kepada beliau apabila dinobatkan sebagai Aktres Komedi TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa.

IMG 20220201 211729

Ketika membintangi siri komedi Mat Despatch pada era lewat 90an, Shiera mula berkenalan dengan aktor Ijoy Azahari sebelum menamatkan zaman janda pada tahun 2003. Ijoy merupakan anak teruna kepada aktres popular 80-an, Maria Arshad.

Kini, selain aktif dalam aktif dalam bidang lakonan dan pengacaraan beliau juga sebagai penyampai sebuah stesen radio. Ibu kepada 5 orang cahaya mata ini masih tetap berkarakter komedi.

Rara3

Sumber : Ig Sharifah Shahirah

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!