Connect with us

Hiburan

“Nampaknya Abg Joe masih menunggu Rose” – Netizen

Published

on

Erinsakura 26d73eefb680ed4f3c1f3f3aa062381a

Tidak semua pasangan yang sudahpun berpisah mampu untuk berhubung kembali mahupun berkawan baik dengan bekas pasangan mereka. Namun perkara tersebut tidak mustahil apabila beberapa pasangan artis yang telah mengalami kegagalan rumahtangga masih mampu menunjukkan tauladan kepada orang ramai apabila mampu mengekalkan hubungan baik bersama bekas pasangan mereka. Begitu jugalah yang berlaku kepada pelakon Fizo Omar dan bekas pasangannya Mawar Karim.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyaawa itu telah mendirikan rumahtangga bersama usahawan tudung Fareeda iaitu Mawar Karim pada 2013 dan bercrai pada Julai 2019. Mereka berdua dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Wan Maryam atau lebih mesra di sapa Cik Yam pada 2017.

Erinsakura 2d914367ff3473a134977ff6dfadb067

Hubungan baik yang terjalin antara Fizo dan Mawar adalah demi kepentingan anak mereka Cik Yam. Untuk rekod Mawar dan Cik Yam sebelum ini pernah dijangkiti wabak C0v1d19.

Sebagai bapa sudah pasti Fizo turut risau akan keadaan dan kesihatan anaknya. Namun begitu Fizo dilihat tidak putus berdoa untuk kesembuhan anaknya bersama bekas isterinya itu.

Erinsakura 85378d0937ce27ed718225a6fe3c843d

Terkini Fizo telah berkongsi sebuah video tiktok anaknya Cik Yam yang meminta beliau supaya mengambil beberapa keping gambar dirinya sedang bergaya.

Di sebabkan gaya posing dan juga ragam suka bergambar berkenaan di warisi daripada ibunya, Fizo turut menandakan Mawar dalam caption di video tersebut.

Sebagai respon terhadap video yang dimuatnaik oleh Fizo berkenaan, Mawar juga turut mngalkan komen yang mengatakan dirinya sudah memberikan kacamata serta beg tangan untuk Cik Yam sekiranya mahu merakamkan gambar di luar.

Erinsakura D00b6b35f508e9dc0073f6a95f414a07

Bekas pasangan suami isteri tersebut yang kelihatan mesra berbalas komen membuatkan para peminat mereka mula membuat spekulasi bahawa Fizo sebenarnya masih menyimpan hasrat untuk kembali berbaik bersama Mawar.

Ruangan komen juga dipenuhi doa para peminat buat hubungan mereka berdua yang mahukan pasangan berkenaan kembali bersatu demi kebaikan Cik Yam. Berikut dikongsikan beberapa komen peminat buat pasangan ini.

Erinsakura 6a65fc3ca2d7fc4abb620dc5532fcc58

Jodoh itu rahsia Allah. Jika benar jodoh mereka berdua masih kuat, mudah-mudahan Fizo dan Mawar kembali menjadi pasangan suami isteri demi kebaikan Cik Yam.

Mereka berdua juga sudah mengharungi suatu proses yang agak panjang demi mendapatkan zuriat dahulu. Semoga zuriat ini juga iaitu Cik Yam menjadi asbab juga yang mampu menyatukan mereka berdua semula.

Sumber : Instagram Fizo Omar

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!