Connect with us

Hiburan

“Tak blh byg kalau Lofa sorg je, kita ni klu dh kawin tgh susah sedih suami la bestfriend smpai akhir hayat” – Netizen

Published

on

Erinsakura 2cf8921344f39cfde28feb31be8db22e

Sejak akhir-akhir ini usahawan dan juga ikon mslimah iaitu Noor Neelofa Mohd Noor tidak sepi daripada kontr0versi melnggar SOP yang ditetapkan kerajaan. Ada sahaja isu melnggar SOP yang melibatkan dirinya serta suami PU Riz atau Haris Ismail menjadi perbualan dalam kalangan netizen Malaysia. Semuanya bermula daripada majlis pernikahan selebriti sensasi berkenaan sekitar bulan Mac yang lalu.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Pasangan berkenaan juga menjadi perhatian kerana dikatakan telah menyalahguna kebenaran merentas negeri ke Langkawi atas tujuan kerja hanya sehari selepas bernikah apabila dilihat bersantai menaiki jetski di pulau peranginan terkenal itu.

Erinsakura 01bf92136ec6aaff65291fd7a0f54dcc

Setelah siasatan dilakukan pihak berkuasa, Neelofa dan keluarga di dapati bersalah kerana majlis pernikahan tersebut telah melnggar SOP yang ditetapkan dan Neelofa sekeluarga juga telahpun menerima denda sebanyak RM60 ribu di atas kesalahan tersebut.

Permohonan maaf telah dibuat oleh Neelofa yang akur dengan denda yang diterima malahan beliau juga kesal kerana tidak menunjukkan contoh yang lebih baik kepada para peminat dan pengikut beliau.

Namun walaupun baru sahaja di denda, Neelofa dan Haris sekali lagi dilihat telah mengambil kesempatan merentas negeri ke Nilai untuk membeli beberapa keping karpet menyebabkan pihak polis sekali lagi telah membuka kertas siasatan terhadap beliau untuk k3s tersebut.

Erinsakura 9dd78825e7b5115b303f974f87e28438

Tular beberapa hari lepas ialah pengakuan Neelofa dan Haris terhadap k3s beliau merentas negeri ke Nilai dibicarakan, pasangan berkenaan telah merekodkan pengakuan tidak bersalah. Kehadiran mereka ke mahkamah pada hari tersebut menimbulkan isu baharu apabila Neelofa dilihat tidak memakai pelitup muka disebalik kain niqab yg dipakai oleh beliau.

Terkini, Neelofa dipanggil sekali lagi ke mahkamah berkenaan pelnggaran SOP apabila tidak memakai pelitup muka di sebalik niqab. Menerusi sebuah instagram peminat, Neelofa dilihat telah selesai memberikan keterangan dan proses tersebut telahpun berjalan dengan lancar.

Kontr0versi yang seolah tiada penghujung membuatkan para penyokong dan peminat Neelofa merasa amat kasihan terhadap pasangan pengantin baru itu.

Erinsakura 935c7d8d29ad935ba6cd570fb986503f

Bagaimanapun sebagai peminat dan penyokong setia, mereka tidak putus menyuarakan sokongan dan doa buat selebriti kesayangan mereka tersebut agar terus tabah menempuhi dugaan.

Luahan tersebut di suarakan oleh peminat beliau menerusi sebuah instagram yg diwujudkan khas oleh peminat untuk Neelofa. Berikut dikongsikan komen para peminat buat Neelofa dan Haris.

Erinsakura A8ff009822072df1de6261a44a5304bd

Kasihan pula kepada Neelofa dan Haris. Sejak mereka berkahwin belum reda rasanya kontroversi yang melanda dan melibatkan mereka berdua.

Sesungguhnya Allah tidak akan menguji seseorang hambanya melebihi kemampuan. Mudah-mudahan ujian yg menimpa mereka berdua ini bakal diberikan ganjaran yg tidak ternilai nanti.

Sumber : Instagram lovestory.me2_

Artikel ini disediakan oleh world-wide24/Oh Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!