Connect with us

Umum

“So wangi, eh bau habuk ada lah” – Cik B

Published

on

Erinsakura 6f911e8e4129c8d071920a954b117ee7

Setiap kali menjelang tarikh 10 Mei, seluruh dunia menyambut hari ibu demi menghargai pengorbanan seorang ibu yang sanggup berkorban nyaawa untuk melahirkan dan membesarkan anak-anak. Sudah pasti seorang ibu adalah wanita yang paling hebat di dunia ini. Bagi menghargai jasa ibu, cik B yang merupakan anak perempuan kepada Dato Seri Vida turut sama menunjukkan penghargaan buat ibu tercintanya dengan memberi sejambak bunga.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Erinsakura 2ca520056f55c12ca0a1405b95251476

Apa yang menariknya ialah idea menggubah bunga oleh Cik B sendiri cukup unik dan ‘menjimatkan’. Siapa sangka, Cik B gunakan bunga-bunga hiasan milik ibunya sendiri di rumah. Bijak idea cik B kan….

Video gubahan bunga yang dibuat oleh Cik B sendiri telah mencuri tumpuan netizen selepas Cik B berkongsi video tersebut di laman instagram miliknya.

Malah, menerusi video itu Dato Vida yang dikejutkan dengan hadiah sejambak bunga oleh Cik B kelihatan gembira walaupun usahawan kosmetik ini tahu bunga itu sebenarnya adalah kepunyaannya sendiri.

Erinsakura D703ee7086ed6518e3ab74231057cf8e

Disertai dengan kapsyen ‘Selamat Hari Ibu’, video Cik B ditonton sehingga 73,000 tontonan. Rata-rata netizen memberi pelbagai reaksi selepas melihat gelagat lawak Cik B yg sungguh sempoi.

“Biar pun bunga tu bunga mama, cik B janji reaction DSV sangat happy”- Netizen

Erinsakura 0e170fb4360f9ca49aa62760b8ccb25b Erinsakura 4c87a921180c08c809c3d1830e401d76

“Sweetnya Cik B hahaha”- Netizen

“Cik B ni tak sah tak lawak hehe”- Netizen

Walaupun hadiah yang Cik B bg cukup simple, setiap ibu termasuklah Dato Vida sendiri akan rasa dirinya dihargai. Hargailah ibu anda selagi dia masih ada. Hari-hari adalah Hari Ibu…

Sumber: instagram cikb_havoc66

Artikel ini disediakan oleh world-wide24/Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!