Connect with us

Hiburan

“Yeay harap2 girl pula mesti cute, tahniah”-Netizen

Published

on

Add A Subheading 61

Pasti semua wanita mempunyai cara tersendiri untuk mengkhabarkan berita gembira buat pasangan masing-masing. Apatah lagi berita hendak disampaikan amat bermakna. Macam apa dilakukan selebriti popular, Emma Maembong ini. Sweet sungguh kaedah dia hendak memberitahu suaminya, Muhammad Shazli Azhar perihal dirinya yang sudah berbadan dua.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Netizen pun sebak dibuatnya. Pada mulanya dalam video dikongsikannya, terlihat Emma sedang menghulurkan produk pada Shazli yang menyangka mereka akan membuat reviu produk serta bersedia untuk dirakam di hadapan kamera.

Screenshot 20230215 1805132

Satu persatu product dari dalam bekas kotak itu dikeluarkan Shazli sebelum akhirnya dia perasan dari sebelah bawah kotak itu akan sesuatu. Rupanya Emma meletakkan alat memeriksa kehamilan. Pastinya nampak ‘dua line’ tu…

Agak menyentuh hati apabila melihat reaksi Shazli. Memandang seketika ke dalam kotak tersebut sebelum mengambil alat itu dan memandang penuh makna pada Emma, dalam hatinya umpama mengucapkan terima kasih.

Screenshot 20230215 1807012

Ya lah… Pastinya ia berita gembira buat mereka berdua. Emma akan melahirkan penyambung zuriat hasil benih kasih sayang mereka. Siapa yang tak sayang bini kan… Pastinya tambah sayang Shazli pada Emma.

Terus Shazli hadiahkan pelvkan buat Emma. Masakan kedua-duanya tak happy, ini kali kedua Emma hamil selepas kelahiran anak pertama mereka, Shariq Arshan Gabriel pada 16 November 2020. Dah tiga tahun pun..

Screenshot 20230215 1806182

Selain netizen, tak kurang rakan artis yang mengucapkan tahniah padanya. Antaranya bekas teman lelaki yang juga rakannya, pelakon, Zizan Razak. “Aaaaaawwwwww… Congratulationssssss…”, Katanya. Panjang coret hurufnya.

Pastinya itu juga menggambarkan perasan Zizan yang tumpang gembira dengan berita tersebut. Rakan selebriti, Mira Filzah, Salina Saibi, Sharifah Shahora, Alvin Chong antara terawal mengucapkan tahniah.

Screenshot 20230215 1634052

“Congrats Emma n Shazli.. Yeah baby no. 2”, “Aku nangis.. congrats maa”, “Ingat video lama. Nampak gambar Sheriv kat blkg. Rupanya no dua dah”, “Aku nangis walaupun aku dah tau.. congrats maa”. Itu antara komen netizen.

Apa pun ramai netizen dan pengikutnya gembira dengan berita dikongsikan Emma ini. Tak kurang yang mendoakan agar dia selamat melepasi fasa kehamilan hingga melahirkan. Mesti comel macam Gabriel nanti.

D946A3DE 2C47 455C A9D2 FAC4478B4E25

Ramai juga berharap yang Emma sedang mengandung anak perempuan sebab ramai yang tak sabar nak tengok mini Emma nanti sudah pasti cantik dan comel seperti mamanya. Lagipun semua pasangan pasti mengimpikan anak mereka akan sepasang dan berlain jantina kan. 

Screenshot 20230215 1808102

Menerusi video yang Emma kongsikan seperti video lama sebab Emma sekarang sudah berambut pendek sedangkan video tersebut rambut panjang. Mungkin sekarang adalah masa sesuai untuk Emma umumkan yang dia  mengandung. Semoga di permudahkan urusan Emma nanti sehingga bersaliin insyaAllah

Sumber : IG Emma Maembong

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!