Connect with us

Hiburan

“Watie, ejas pujuk husband baik dgn Sepahtu”- Netizen

Published

on

World Wide24.com F4626e0a54578edf37c65b75b54c2243

Program lawak Sepahtu Reunion Live ternyata mempunyai para peminat mereka yang tersendiri kerana setelah hampir beberapa musim bersiaran, program berkenaan masih lagi mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai. Saban minggu penonton akan di sajikan dengan pelbagai sketsa lawak yang menggelikan hati daripada Jep, Rahim, Pak Ya dan juga Eby Yus.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Sebelum ini, program berkenaan turut menampilkan Shuib sebagai ahli memandangkan beliau merupakan kumpulan asal Sepahtu bersama Jep. Namun, baru baru ini isu yang melibatkan program berkenaan seolah oleh telah menjauhkan hubungan persahabatan mereka berdua.

World Wide24.com Ae857e005d9ed418f66a6fdc41c6bd06

Para peminat yang merindui kehadiran Shuib sebagai salah seorang ahli sebelum ini sangat menantikan kemunculan semula Shuib untuk tampil semula melengkapkan program Sepahtu Reunion.

Ramai meminta supaya rakan rakan mereka memujuk kembali Shuib untuk bersama menjayakan progam Sepahtu Reunion.

World Wide24.com 462910b2554c89f859b641ebf3a8af33

Setelah sekian lama berdiam diri, Jep Sepahtu akhirnya membuka mulut mendedahkan punca sebenar rakan pelawaknya itu tidak muncul bersama mereka di dalam program Sepahtu Reunion demi menghentikan spekulasi yang bertebaran di media sosial.

Jep berkata semuanya bermula apabila Shuib di g4ntung oleh pihak astro susulan babak yang di dakwa kurang sesuai di pertontonkan sehingga menerima kecaman ramai.

Bagaimanapun Shuib tidak dapat menerima pengg4ntungan berkenaan dan memberikan kata dua untuk meningg4lkan program tersebut.

World Wide24.com 2bd87a87cf09a51ceaa45e98dc4ca19e

Jep juga menegaskan mereka sentiasa bertanya, mempelawa dan menjemput Shuib kembali namun tidak menerima sebarang kepuutusan daripada Shuib. Mereka juga tidak pernah membuang Shuib dan menunggu kepulangan Shuib semula.

Menerusi hantaran terbaru Jep Sepahtu di Instagram, pelawak berkenaan memaklumkan bahawa musim terbaru Sepahtu Reunion bakal kembali ke kaca tv tidak lama lagi. Jep juga berkongsi sesi penggambaran program berkenaan bersama ahli ahli yang lain.

Mengintai keruangan komen, para peminat program komedi berkenaan berkongsi rasa teruja dan gembira mereka kerana dapat menonton kembali rancangan kesukaan mereka itu. Namun begitu, peminat juga memberikan beberapa komen mengenai program berkenaan untuk di tambah baik.

Antara permintaan peminat adalah supaya program tersebut tidak menjemput pelakon wanita undangan yang sama bagi setiap musim.

Peminat mahukan kelainan berbanding musim yang sebelum ini. Beberapa cadangan nama pelakon wanita seperti Sherry, Kak Lina Pom dan juga Nabila Huda juga turut di sertakan supaya program Sepahtu Reunion lebih lawak.

World Wide24.com Dd8f94b97543efb65acc484052ce13fb

Peminat juga meminta supaya beberapa pelawak lain turut muncul untuk memeriahkan Sepahtu Reunion seperti Man Raja Lawak, Man Belon dan juga Ropie.

Namun begitu, buat para peminat yang masih merindui Shuib, mereka juga masih lagi bertanya mengenai kehadiran Shuib untuk musim terbaru ini.

Terdapat juga peminat yang menanda nama Watie di ruangan komen tersebut meminta supaya Watie dapat memujuk Shuib kembali menyertai Sepahtu Reunion. Berikut di kongsikan komen berkenaan.

World Wide24.com C853f74d603e4e95a6e534740279d542

Rata-rata peminat Sepahtu berharap Shuib dapat kembali ke pangkuan Sepahtu Reunion untuk memeriahkan rancangan lawak tersebut.

Meskipun menyedari hasrat peminatnya itu namun Shuib atau Shahmira Muhammad sebelum ini pernah menegaskan bahawa dia tidak mungkin akan menyertai program berkenaan yang pernah dijayakannya bersama Jep, Rahim dan Pak Ya.

Malahan Shuib juga menolak untuk bergabung di bawah kumpulan pelawak tersebut bagi menjayakan sebarang acara pentas.

Sumber: Instagram jep sepahtu

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!