Hiburan
“Wah baby girl” – Netizen

Sejak dalam fasa mengandung dan setelah melahirkan anak ramai para peminat yang menantikan untuk melihat wajah dan mendengar sendiri perkongsian selebriti dan usahawan terkenal Noor Neelofa mengenai anak dan kehidupan rumahtangganya itu.
Namun begitu sejak dari kehamilan pertama lagi selebriti berkenaan membuat keputuusan untuk tidak mengumumkan mengenai kehamilan dirinya itu.
Namun begitu, untuk kehamilan kedua ini Neelofa di lihat sedikit terbuka untuk berkongsi apabila menjawab pertanyaan wartawan sekaligus mengesahkan kehamilan beliau untuk kali kedua.
Sebelum ini, sejak usahawan terkenal itu melahirkan Bilal, Neelofa jarang berkongsi aktiviti anak sulungnya itu kepada orang ramai sehinggalah beliau mendedahkan wajah Bilal baharulah Neelofa sedikit terbuka untuk berkongsi aktiviti serta perkembangan Bilal bersama peminat.
Ramai peminat yang sering menantikan untuk melihat aktiviti dan wajah comel Bilal kerana merasa tidak puas dengan video yang berdurasi hanya beberapa saat di paparan media sosial.
Terbaru menerusi perkongsian di Instagram peminat Neelofa iaitu lofa world, satu video yang di kongsikan oleh Neelofa telah di muatnaik buat tatapan para peminat Neelofa di Instagram berkenaan.
Video yang di kongsikan oleh Neelofa itu memaparkan hadiah yang di terima beliau daripada sahabatnya Suli Shyuan untuk anak kedua beliau.
Menurut sumber, Neelofa kini sedang sarat hamil anak keduanya dan menghampiri tarikh jangkaan bersalin anak keduanya itu dalam masa lebih kurang sebulan sahaja lagi.
Menariknya mengenai hadiah yang berupa pakaian bayi itu, corak dan pakaian berkenaan mengambarkan pakaian seorang bayi perempuan.
Oleh itu menerusi ruangan komen para peminat sudah mula meneka bahawa Neelofa bakal melahirkan seorang bayi perempuan sebagai pelengkap keluarganya bersama suami dan anak sulung Bilal.
Sekiranya benar tekaan para peminat, sudah pasti Neelofa sendiri gembira kerana bakal memiliki sepasang anak lelaki dan perempuan. Para peminat juga sudah tentu teruja untuk melihat bayi perempuan berkenaan yang sudah pasti mewarisi wajah jelita ibunya.
Menjengah keruangan komen, para peminat berkongsi rasa gembira dan teruja mereka dengan bayi yang bakal di timang oleh selebriti kesayangan mereka itu. Berikut di kongsikan komen komen luahan rasa gembira dan syukur para peminat Neelofa.
Terdahulu, sewaktu kelahiran anak sulungnya Muhammad Bilal, Neelofa bertindak untuk menutup wajah anaknya itu kerana belum bersedia untuk berkongsi wajah buah hati sulungnya kepada orang ramai.
Namun begitu, setelah tular sebuah foto raut wajah anaknya yang di kongsikan oleh peminat, Neelofa akhirnya berkongsi video detik kelahiran Bilal buat tatapan orang ramai.
Sumber: ig lofa.world
Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan
-
Hiburan2 years ago
“Aik..bila Kak Engku pregnant?” – Nabila Huda
-
Hiburan3 years ago
“Ko beranak kan bidadari ke apa ni” – Azza Elite
-
Umum3 years ago
“Patutlah saya tengok Naim sejuk hati, baik hati jaga kucing saraf r0sak”
-
Hiburan6 months ago
“Taj4m mata sis blh nmpk walaupn dh masuk dlm mangkuk”- Netizen
-
Hiburan2 years ago
“Wehh terkejut tgk perut akak nasib ternampak tgn tu” – Netizen
-
Hiburan2 years ago
“Wanita hebat yg byk kali d0wn tp tetap teguh, membesarkan anak2” – Netizen
-
Hiburan3 weeks ago
“Weyh sian budak tu dah excited ingatkan dia menang, last2 kena malu gitu je” – Netizen
-
Hiburan2 years ago
“Kesian minah dia tkut xde sape peduli, makin tkutkan dia” – Netizen