Umum
“Tiada tandas, terpaksa ke celah-celah semak” – Ebit Lew
Dalam kita menikmati rumah yang selesa, air yang bersih, dan penggunaan elektrik yang mencukupi, terdapat segelintir keluarga yang dalam kesusahan dan tidak mempunyai segala keperluan asas seperti kita. Ada yang masih tersisih dan tidak terlihat oleh masyarakat kerana mereka seperti halimunan dalam kehidupan bermasyarakat. Namun, ada antara kita yang menyedari kewujudan mereka dan punyai hati dan perasaan untuk membantu mereka hidup selesa seperti orang lain.
Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!
Antara individu yang kelihatan suka membantu manusia kesusahan adalah Ustaz Ebit Lew. Walaupun tindakan beliau membantu orang lain itu sepertinya mendapat kecaman oleh sesetengah individu, beliau lebih percaya Allah Maha Mengetahui akan niat sebenar beliau dan akan terus membantu sesiapa yang memerluukan.
Didalam laman instagram Ustaz Ebit Lew, kelihatan beliau sangat komited untuk membantu golongan miskin dan daif dan beliau tidak segan untuk berkongsi momen beliau dan pasukan bersama-sama membantu mereka yang memerluukan dan ramai lebih bersetuju Ustaz Ebit Lew berkongsi momen-momen tersebut untuk memberi kesedaran kepada masyarakat untuk bersama membantu orang yang memerluukan. Baru-baru ini, beliau telah menjumpai sebuah keluarga yang tinggal di dalam sebuah rumah usang di tengah semak di Kampung Sri Damai Kuantan.
Menurut Ustaz Ebit Lew, wanita yang tinggal di tempat tersebut punyai anak-anak kecil dan sudah 3 tahun menghuni rumah tersebut tanpa keperluan air dan elektrik. Paling menyedihkan adalah rumah tersebut tidak punyai tandas dan mereka sekeluarga terpaksa pergi ke semak samun untuk membuang air.
Menurut Ustaz Ebit Lew dalam kapsyennya, beliau sangat sebak kerana selama 3 tahun beliau sekeluarga dapat tidur selesa walhal ada keluarga diluar sana yang kesusahan sehingga tidur dalam gelap dan hidup dalam keadaan tidak punyai sumber keperluan asas.
Netizen kebanyakannya rasa sebak melihat gambar keadaan rumah yang dikongsi oleh Ustaz Ebit Lew dan mereka bersyukur keluarga ini ditemui oleh ustaz dan mendapat bantuan. Ada juga yang mengatakan kita sebagai manusia harus sedari bahawa terdapat orang lain yang lebih susah ketika kita selesa berbuka puasa dirumah masing-masing.
Kita sebagai seorang manusia harus punyai sifat kasihan kepada manusia lain. Kita harus punyai sifat syukur kerana dapat merasai kesenangan dan keselasaan di kediaman kita kerana terdapat manusia yang tidak berkemampuan dan hidup dalam keadaan yang sangat daif dan tidak selesa bersama keluarga mereka.
sumber : ig ebitlew
Artikel ini disediakan oleh Cite Syok. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
-
Hiburan3 years ago
“Aik..bila Kak Engku pregnant?” – Nabila Huda
-
Hiburan4 years ago
“Ko beranak kan bidadari ke apa ni” – Azza Elite
-
Umum4 years ago
“Patutlah saya tengok Naim sejuk hati, baik hati jaga kucing saraf r0sak”
-
Hiburan1 year ago
“Ni Hannah Delisha versi mini mini la ye, cantiik betul”-Netizen
-
Hiburan4 months ago
“Tak halal sis, area rumah saya je ni” – Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wehh terkejut tgk perut akak nasib ternampak tgn tu” – Netizen
-
Hiburan1 year ago
“Taj4m mata sis blh nmpk walaupn dh masuk dlm mangkuk”- Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wanita hebat yg byk kali d0wn tp tetap teguh, membesarkan anak2” – Netizen