Hiburan
“Si kecik tu comel ea, dia yg paling beria sambut befday ayah dia haha” – Netizen
Nama Fasha Sandha menjadi bualan ramai netizen sejak akhir- akhir ini yang teruja dengan transformasi diri pelakon wanita berkenaan. Pemilik nama penuh Nur Fasha Sandha itu kelihatan semakin langsing dan kur0s sejak beliau menjalani rutin senaman yang ketat. Tiada rahsia mengenai amalan pemakanan, Fasha menegaskan, hanya dengan mengamalkan diet pemakanan yang seimbang dan sihat yang membantu beliau untuk kur0s.
Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!
Imej baru pelakon yang berusia 39 tahun itu menjadi dambaan para wanita yang mengimpikan bentuk tubuh langsing seperti beliau. Kecekalan Fasha untuk mendapatkan bentuk tubuh langsing itu kini menjadi inspirasi kepada ramai netizen.
Meskipun berjaya memberi impak positif kepada masyarakat terhadap amalan pemakanan dan rutin kecergasan yang di amalkan untuk mendapatkan tubuh langsing, Fasha juga tidak terlepas daripada menjadi bualan netizen berkenaan isu pemakaian beliau yang semakin ketat.
Baru baru ini, baju yang di pakai oleh Fasha ketika mempromosikan sebuah produk kesihatan dan penurunan berat badan telah di kritik oleh netizen.
Fasha yang juga merupakan duta produk berkenaan menjelaskan beliau hanya memakai baju lama yang sebelum ini tidak muat dan beliau gembira kerana setelah berjaya menurunkan berat badan, beliau dapat memakai kembali baju tersebut.
Kehidupan beliau sebagai selebriti selama ini membuatkan apa jua perkongsian beliau di media sosial mendapat perhatian dan menjadi bualan kepada netizen.
Menerusi perkongsian terbaru Fasha di Instagram, beliau memuatnaik satu video yang memaparkan beliau mengadakan majlis sambutan hari lahir suaminya Aidil Aziz. Kelihatan di dalam video Fasha bersama anak anak menyanyikan lagu selamat hari lahir buat suaminya itu.
Turut di paparkan kemesraan pelakon Rampas Cintaku itu bersama suaminya apabila Fasha kemudiannya mengangkat Aidil sebelum melepaskan belon ke udara bersama anak anak.
Di ruangan kapsyen video itu, Fasha juga menulis ucapan selamat hari lahir buat suaminya dan berharap supaya hubungan mereka berkekalan dan dapat menyambut hari lahir bersama sama hingga tua.
Menjengah ke ruangan komen, rata rata netizen turut memberikan ucapan selamat hari lahir buat Aidil dan mendoakan hubungan mereka berdua berkekalan.
Netizen juga tidak percaya apabila melihat Fasha mengangkat Aidil dan mengagumi kekuatan pelakon wanita bertubuh langsing itu. Berikut di kongsikan komen komen netizen.
Terdahulu, Fasha mendirikan rumahtangga kali kedua bersama pelakon Aidil Aziz pada bulan Mac 2019. Perkahwinan keduanya bersama Aidil di serikan dengan kehadiran seorang cahaya mata perempuan bernama Aisha.
Keg4galan dalam perkahwinan pertama sebelum ini banyak mengajar erti kehidupan buat pelakon ini. Beliau juga mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan bersama Jejai.
Sumber: Instagram fashasandha
Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan
-
Hiburan3 years ago
“Aik..bila Kak Engku pregnant?” – Nabila Huda
-
Hiburan4 years ago
“Ko beranak kan bidadari ke apa ni” – Azza Elite
-
Umum4 years ago
“Patutlah saya tengok Naim sejuk hati, baik hati jaga kucing saraf r0sak”
-
Hiburan1 year ago
“Ni Hannah Delisha versi mini mini la ye, cantiik betul”-Netizen
-
Hiburan4 months ago
“Tak halal sis, area rumah saya je ni” – Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wehh terkejut tgk perut akak nasib ternampak tgn tu” – Netizen
-
Hiburan1 year ago
“Taj4m mata sis blh nmpk walaupn dh masuk dlm mangkuk”- Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wanita hebat yg byk kali d0wn tp tetap teguh, membesarkan anak2” – Netizen