Connect with us

Hiburan

“Sabar je dua-dua org tu dgn Jayden”- Netizen

Published

on

World Wide24.com 0c36da2cdc9caed3c23e7683cc3ee2f4

Hubungan professional yang di tunjukkan oleh pelakon Sharnaaz dan bekas isterinya Noor Nabila sudah sekian lama menjadi inspirasi kepada masyarakat di luar sana dan pasangan ini juga telah membuktikan bahawa meskipun mereka berdua sudahpun membawa haluan masing- masing dan tidak lagi bergelar suami isteri namun hubungan baik sebagai sahabat boleh terjalin demi kebaikan anak.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Pelakon tersebut juga menarik perhatian netizen apabila berkongsi beberapa gambar dan video di media sosial memaparkan aktiviti beliau meluangkan masa bercuti ke Tokyo Jepun bersama bekas isterinya Nabila, Jebat Jayden dan juga pelakon yang merupakan kkasih hatinya Amelia Christie.

World Wide24.com 06089a7f007076338d147a7c57ae70d5

Malahan Nabila juga meraikan kehadiran Amelia di dalam kehidupan bekas suaminya Sharnaaz itu sebagai pengganti dirinya dan bakal menjadi ibu baru kepada anaknya Jebat dengan menyambut kehadiran Amelia dengan tangan terbuka.

Menerusi satu perkongsian terbaru di tiktok peminat Sharnaaz, satu video yang memaparkan gelagat Jebat Jayden bersama kedua ibu bapanya telahpun di kongsikan di tiktok berkenaan dan menjadi perhatian netizen.

World Wide24.com 70ad597cdafd85e05a214a7b90685dcb

Di dalam video yang di percayai di rakamkan oleh Amelia itu, Nabila di lihat sedang memakaikan Jebat sarung tangan memandangkan Tokyo kini sedang di landa musim sejuk.

Bagaimanapun ketika Nabila menyarungkan Jebat sarung tangan berwarna hitam berkenaan, Jebat tidak henti ‘mengadu’ supaya Nabila memakaikan sarung tangan tersebut mengikut kehendaknya.

@sharnaaz.ahmad0

Sebaiklaaa anak sorang je haih #jebatjayden

♬ those eyes – s💌

Jebat juga tidak henti ‘membebel’ kepada ibunya agar tidak memakaikan sarung tangan tersebut dengan ketat. Namun begitu, Sharnaaz kemudiannya menjelaskan bahawa sarung tangan tersebut perlu di pakaikan dengan ketat bagi mengelakkan Jebat membuang sarung tangan berkenaan apabila longgar.

Jebat yang tidak berpuas hati menjawab kembali bahawa sarung tangan berkenaan sudahpun di sarungkan dengan ketat, namun Sharnaaz akhirnya mendiamkan anaknya itu apabila berkata supaya Jebat ‘jangan cakap banyak’

World Wide24.com 01a6602e2862c6bcd00605aa21f20028

Amelia yang turut berada bersama ketika itu hanya tertawa menyaksikan gelagat anak beranak berkenaan. Jebat yang petah bercakap sememangnya agak sukar untuk di tangani kerana pasti ada sahaja jawapan yang di berikan oleh kanak- kanak bijak berkenaan.

Memang agak pening di buatnya untuk melayan gelagat Jebat yang sangat petah bercakap. Menjengah ke ruangan komen, netizen berkata mereka juga sangat terhibur dengan gelagat Jebat berkenaan. Berikut di kongsikan komen netizen.

World Wide24.com 2c22dc70da8addfa59436023eb397632

Perhubungan harmoni yang wujud di antara Sharnaaz dan Nabila banyak memberikan reaksi posiitif kepada para peminat mereka. Malahan kehadiran Amelia sebagai kkasih hati Sharnaaz namun mempunyai hati yang sangat baik kerana mampu berlapang dada untuk menjalinkan hubungan baik dengan Nabila turut menerima pujian netizen.

Suka sangat tengok hubungan Sharnaaz, Nabila dan Amelia ni yang sangat baik antara satu sama lain. Bertuah Jebat Jayden dapat kedua ibu bapa dan bakal ibu tiri yang sangat baik hati.

Sumber: tiktok sharnaaz.ahmad0

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!