Connect with us

Hiburan

“Pasangan contoh buat semua, pencerraian bkn bererti tamat dunia” – Netizen

Published

on

Kucing Aku Dgr Pon Serammm Netizen 43

Biarpun pasangan sudah berpisah, hasil perkongsian hidup bersama iaitu zuriat tetap tak pvtus sama saja dengan kedua-duanya. Usahlah si kecil menjadi m4ngsa dek pencera1an yang berlaku, apatah lagi ketika usia masih mentah dan tak tahu apa-apa. Sudah tentu itu yang hendak dipertahankan pelakon cantik, Fasha Sandha, agar kasih sayang dia dan bekas suaminya pada cahaya mata mereka tak pvtus.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Seperti dikongsikan Fasha di hantaran ini sempena hari lahir anaknya, Jemyma yang ke-8 tahun, jelas apa dibayangkan Fasha. Tanpa berselindung, Fasha berkongsi gambar ketika bersama anak dan bekas suami, Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai.

Screenshot 20221109 0024132

Yalah… biasanya bila dah berpisah usahkan kata tengok gambar, sebut nama pun tak boleh. Tapi nampaknya tak bagi Fasha. Seakan tetap menegaskan kasih sayangnya dan Jejai terhadap anak tetap sama.

Dalam masa sama, peranan suami dinikahinya sekarang iaitu aktor, Aidil Aziz begitu jua. Ya sepatutnya begitulah. Itu antara ‘benda’ ada Fasha yang disukai netizen. Bahkan ada menyifatkan situasinya boleh menjadi contoh.

Screenshot 20221109 0019012

“ Pasangan contoh buat semua. Penc3raian bukan bererti end of the world. Pasangan yang bercer4i lain patut jadikan contoh. Demi anak2”, “Alhamdulillah…seorg ibu yg sentiasa mendoakan anak²nya..dekat dihati anak²”, “ucapan yg tulus dari ibu”.

Itu antara kata netizen. Dalam pada itu coretan Fasha di kapsyen hantarannya antara bikin netizen tersentuh hati. Apa tidaknya, mengakui bukan ibu yang sempurna, begitupun kata Fasha dia cuba menjadi terbaik buat ketiga-tiga anaknya.

Screenshot 20221109 0022102

Menyifatkan Allah hanya meminjamkan bapa kepada dua anaknya, Jemyma dan Rayfal selama 10 tahun, tetapi mereka berdua dianugerahkan keduanya untuk selamanya membayangkan betapa bersyukurnya Fasha.

Apa pun memang beruntung anak-anaknya mendapat ibu bernama Fasha. Biar dalam kesibukan kerjayanya, tiap kali hari jadi anak-anaknya tetap dia akan cuba meluangkan masa meraikannya, akui Fasha.

Screenshot 20221108 1807022

Semoga kasih sayang ibu bapa tetap mekar buat anak-anak biarpun sudah berpisah. Ya… ia wajar dijadikan contoh kepada ramai pasangan sudah berpisah dan mempunyai cahaya mata di luar sana.

Mendirikan rumah tangga dengan Jejai pada 27 April 2012, mereka berpisah secara rasmi pada 20 Januari 2016. Fasha kemudiannya bernikah dengan Aidil pada 28 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Aisha Amaira.

Screenshot 20221109 0019372

Sumber : IG Fasha Sandha

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!