Connect with us

Hiburan

“Part last tu mak dia tarik tangan anak dia ka?” – Netizen

Published

on

World Wide24.com 2d09f9b86d9c2c4879ce0af6144d3dfb Scaled

Mendirikan rumah tangga pada tanggal 31 Mac 2017, begitupun pasangan ini pasrah apabila terpaksa berpisah hanya selepas tiga tahun bergelar suami isteri. Sejak detik perpisahan pada 9 Julai 2020 biarpun bukan lagi pasangan hidup, hubungan kakak kepada selebriti Neelofa iaitu Noor Nabila dan aktor, Sharnaaz Ahmad terlihat tetap berlangsung dengan baik.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Sudah tentu satu-satunya cahaya mata mereka yang juga si kecil lincah yang comel, Jebat Jayden, 5, antara ‘mengikat’ Nabila dan Sharnaaz. Menariknya umpama tiada masalah, keduanya dilihat berbaik-baik hingga kini.

World Wide24.com 21322d08900c709df71ae8fb9129efe3

Lihat saj4lah cara keduanya berkomunikasi dikongsikan di laman TikTok ini. Macam tiada apa masalahnya, bahkan Sharnaaz siap tahu di mana Nabila berada dan bertanya khabarnya ketika bercadang mahu mengambil Jebat.

Bukan sekali dua Nabila dan Sharnaaz berkongsi momen baik mereka bersama Jebat tersayang di medsos, apatah lagi Nabila dilihat pada suatu waktu tak berkongsi lagi fotonya bersama suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin.

World Wide24.com 9735611331d7b88b856ab0b3d80dfe0f

Justeru ramai netizen hingga kini tertanya-tanya dan menebak wanita itu sama ada sudah berpisah dengan Engku Emran gara-gara rumah tangga yang bergelora.

Bahkan disebabkan itu gamaknya tak kurang mendoakan agar Nabila dan Sharnaaz kembali bersatu.

@domokodomo

Suka tengok friendship duaorang ni.

♬ original sound – domoo – domoo

“Bagus mamu dgn Nabila ni…”, “Ni barulah ada sinar…bsinar2.. moga berjodoh lg”, “Kdg2 jd kwn lg better”, “Pasangan yg paling matang, demi anak, mak ayah steady”, “Still berkawan cm biasa. Kalau mcm ni.. kira2 ada sinar lagi ke x?”.

World Wide24.com C564eea2ced7f70bf73e5c90037742e5

“Nabila ni dah c3rai ke dgn laki y skrg?”, “ Aku pun tertanya gak ni apa status ngn Emran”, “Blh pulak bervideo cll dgn bks laki ek..mcm2 dunia”, “Bolehlah rujuk balik”, “Sukanya tgk diorang ni wlpn berpisah ttp mesra…hrp kauorng berjodohan”.

Itu antara komen netizen. Tak kurang juga ‘risau’ mereka bervideo call berdua. Tapi kalau dilihat video ni, bukan Nabila dan Sharnaaz atau biasa digelar Mamu ini berdua saja, sebaliknya ada Jebat dan beberapa orang di samping mereka.

World Wide24.com Aeef295a2565a4e922dd3b3b343407b3

Terdahulu sejak September tahun lalu, rumahtangganya dengan Engku Emran dikatakan mula goyah apabila Nabila tak lagi berkongsinya fotonya bersama suaminya itu di media sosial. Namun Nabila menyatakan ia disimpan sebagai privasi.

Pun demikian pada Februari lalu, sekali lagi perihal rumah tangga Nabila dan Engku Emran dipersoal netizen.

Ada yang percaya mereka masih bergelar pasangan suami isteri tak kurang juga yang menyangkakan sebaliknya. Apa pun belum ada kenyataan rasmi keduanya…

World Wide24.com 2046bfd58e3490cb099dd7c31b35e24e

Sumber : TikTok Domokodomo

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!