Connect with us

Hiburan

“Outfit Beto dan isteri paling memikat di hati”- Netizen

Published

on

World Wide24.com De65757a3cf1c8688fdceb16446ddabf

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) merupakan anugerah berprestij yang sering kali ditunggu oleh setiap peminat saban tahun. Anugerah yang mula diperkenalkan pada tahun 1987 ini merupakan anugerah yang di berikan berdasarkan kepada undian para peminat yang mengiktiraf penggiat seni tanah air. Malah, artis yang tercalon dalam setiap kategori adalah merupakan hasil usaha keras peminat yang mengundi.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Buat peminat setia, mereka pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk memastikan artis kesayangan mereka untuk memenangi pelbagai kategori yang di pertandingkan dalam anugerah ini.

World Wide24.com D9618c3c8e7f283da69efe9990595627

Kemenangan Bell Ngasri sebagai Bintang Paling Popular dan Artis Komedi Popular sememangnya di tunggu tunggu oleh para netizen. Kemenangan pelakon yang memegang watak Barkoba itu merupakan satu kemenangan yang di restui oleh para netizen.

Sejak tercalon sebagai salah seorang Top 5 kategori Artis Komedi Popular, Bell Ngasri tidak putuus asa berkempen untuk menarik undi netizen.

 

Netizen juga berpuas hati apabila anugerah tersebut di berikan kepada Bell setelah bertungkus lumus mengundi Bell sebelum ini.

World Wide24.com B30264499e5ecc5c845726d0e3984150

Meskipun tidak mempunyai kelab peminat, namun ternyata bakat seni yang di tunjukkan oleh Bell selama ini yang membuatkan beliau memperoleh sokongan yang sangat padu daripada netizen yang mengundi beliau.

Kemeriahan malam anugerah berkenaan turut di rasai oleh warganet apabila beberapa sedutan video dan gambar gambar menarik sepanjang anugerah berkenaan berlangsung di kongsikan di media sosial.

Menerusi hantaran di Instagram media hiburan official, beberapa coretan sekitar malam anugerah bintang popular turut di kongsikan buat tatapan netizen. Antaranya adalah video kompilasi fesyen yang di gayakan oleh para selebriti yang hadir ke majlis anugerah itu pada malam tadi.

World Wide24.com B31d44369fe33acb91a2f1a01b6ff5a3

Antara fesyen yang mendapat perhatian ramai adalah penyanyi Aina Abdul yang memakai baju kot warna merah bersaiz besar sehingga perlu di bawa menggunakan lori untuk ke majlis tersebut semasa acara ‘red carpet’.

Selain itu, antara selebriti yang mendapat perhatian netizen adalah pelakon Beto Kusyairi bersama isterinya yang menyarung baju melayu berwarna putih lengkap bersamping dan isteri Beto pula memakai abaya putih sedondon.

Menjengah ke ruangan komen di video itu, rata- rata netizen memuji pelakon filem Imaginur itu dan isterinya yang tidak berlebihan dan cukup bersederhana dalam berpakaian.

Malahan pakaian Beto iaitu baju melayu teluk belanga membuatkan penampilan beliau bersama isteri yang memakai Abaya juga kelihatan sangat sopan dan manis.

World Wide24.com Eece99f8fc6735b74c4b75b0aeb90cd2

Netizen juga berkata Beto yang memilih untuk menyarung baju melayu putih itu kelihatan sangat segak kerana lengkap bersamping dan bersongkok kerana secara tidak langsung beliau turut mengangkat budaya melayu.

Sementara itu, netizen juga mengkritik pakaian beberapa pakaian selebriti wanita yang kelihatan agak sukar untuk bergerak dan juga berlebihan dalam berfesyen. Berikut di kongsikan komen komen netizen.

World Wide24.com F5b088b01540e4ad9f49b5755c0a90b2

Dalam anugerah bintang popular yang berlangsung malam tadi, pelakon Beto Kusyairi telah memenangi anugerah actor filem popular dan menepis 4 lagi calon akhir lain iaitu Datuk Adi Putra, Fattah Amin, Zizan Razak dan juga Zul Ariffin.

Sumber: ig media hiburan official

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!