Connect with us

Hiburan

“Ohh dah kali kedua lah ya, Tyzo tak di sambung kontrak”

Published

on

World Wide24.com Dcce6ee1e43a243b23cacf00e1ac2ad6

Baru- baru ini tular isu mengenai penamatan kontrak penyampai radio stesen radio Suria FM iaitu Tyzo Xander yang terpaksa meningg4lkan stesen radio berkenaan secara tiba- tiba meskipun kontrak beliau bakal tamat pada bulan Mac depan.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Berita penamatan kontrak penyampai radio berkenaan mengejutkan ramai pengikut dan pendengar setia segmen yang di kendalikan olehnya iaitu Segmen Suria Petang.

Ramai pendengar yang tidak dapat menerima berita mengejutkan itu memandangkan Tyzo sudah mengendalikan segmen tersebut sekian lama bersama rakan penyampai Sharifah Shahira dan pasangan tersebut cukup serasi apabila di gandingkan bersama.

World Wide24.com 620dac4e2d273616ab0da593b5cab8c8

Para pendengar juga cukup sedih dengan pengumuman mengejutkan itu dan meluahkan rasa rindu dengan celoteh Tyzo yang setia menemani mereka setiap petang sepanjang menempuh kesesakan jalan raya setiap kali pulang ke rumah setelah selesai waktu pejabat.

Ketika di minta untuk mengulas mengenai penamatan kontrak secara tiba- tiba itu, Tyzo menafikan penamatan berkenaan berkait rapat dengan tawaran yang di terimanya daripada stesen radio lain.

Tyzo berkata beliau belum menerima lamaran daripada mana- mana stesen radio dan tidak pernah mencari peluang untuk berhijrah.

World Wide24.com Cdd0c5ce9e2579eecc6bd457906946d5

Ujar pemenang anugerah Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) KE 35 itu lagi, beliau sangat sayangkan gandingan bersama dengan Sharifah Shahira atau Shiera memandangkan bukan mudah untuknya mendapatkan gandingan yang serasi bersama orang lain.

Bagaimanapun beliau masih berminat untuk bekerja sebagai penyampai radio kerana perlu menyara anak lelakinya dan bersedia sekira di tawarkan oleh mana- mana stesen radio lain yang menghargai bakat penyampai yang di milikinya.

World Wide24.com 8513987cb547a160736264874d8a2134

Menerusi satu perkongsian di platform tiktok, seorang pengguna tiktok telah berkongsi satu paparan video lama temubual bersama bekas penyampai radio Suria FM tersebut. Kongsi Tyzo, beliau mula bekerja bersama stesen radio Suria FM pada tahun 2007 bermula pada slot petang.

Selepas penyampai yang lebih senior seperti Linda Onn dan Halim Othman menyertai stesen radio yang sama, beliau di jadualkan pula untuk mengendalikan segmen malam. Setelah 6 tahun bersama stesen radio berkenaan, kontrak Tyzo tidak di sambung pada hujung tahun 2012.

@nafahahuajx

Moga lagi Murah rezeki bang Tyzo lepas ni😊 #tyzoxander #fyp #jan2024Story #trendingtiktok #tyzo #djsuriafm

♬ Jiwa Yang Bersedih – Ghea Indrawari

Jelas Tyzo, penamatan kontrak kali pertama tersebut tidak di maklumkan kepadanya terlebih dahulu dan beliau juga menitiskan air mata kerana hanya di beritahu pada hari terakhir beliau bekerja.

Manakala insiden yang berlaku baru- baru ini pula menjadikan Tyzo terpaksa melalui pengalaman di tamatkan kontrak secara tiba- tiba buat kali kedua.

World Wide24.com D8fc134f9cbece6a68fb69b0f12ba280

Menjengah ke ruangan komen, ramai pendengar dan pengikut Tyzo yang sedih dan bersimpati dengan nasib yang menimpa penyampai radio berkenaan.

Kata netizen, walaupun Tyzo menceritakan pengalaman sedih yang terpaksa beliau harungi namun beliau masih mampu melawak untuk menceriakan sesi tembual berkenaan.

Para pendengar juga berkata segmen petang sudah menjadi suram semenjak ketiadaan Tyzo. Ramai yang merindui celoteh Tyzo untuk menceriakan suasana petang sewaktu memandu pulang setelah selesai waktu kerja. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.

World Wide24.com 749ec7971d26f0902fa8e542c42f426e

Sebelum ini, selain kontroversi penamatan khidmat Tyzo sebagai penyampai radio Suria FM, antara yang mencuri tumpuan netizen adalah usia sebenarnya yang dikatakan sudah mencecah 58 tahun.

Semuanya gara-gara kenyataan Tyzo sebelum ini bahawa dirinya sudah berusia 57 tahun dalam satu temu bual sebelum ini.

Meleraikan kekeliruan ramai tentang usianya yang dikatakan sudah mencecah hampir 58 tahun, bekas penyampai radio Suria FM itu akhirnya mendedahkan usia sebenarnya.

Tyzo atau nama sebenarnya, Tuah Zulqarnain Idris dalam satu temu bual menerusi panggilan telefon stesen Hot Fm memberitahu, dia seusia Khairy Jamaluddin yang lahir tahun 1976.

Sumber: tiktok nafahahuajx

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!