Connect with us

Hiburan

“Mula okay lagi, bila dh berlarutan faham2 jela”- Netizen

Published

on

World Wide24.com 5d9640836365d792fc46bcecfcf8f3c9

Pasangan selebriti iaitu pendakwah selebriti Da’i Syed dan juga pengacara televisyen Hana Ismail sering menjadi perhatian orang ramai apabila sering berkongsi kemanisan rumah tangga mereka di media sosial. Pasangan yang mempunyai jarak usia 9 tahun ini mendirikan rumah tangga pada 3 Disember lalu dengan sekali lafaz di M4sjid Ibnu Mas’ud, Kuala Lumpur.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Terdahulu, pendakwah selebriti ini pernah di sabitkan dengan kesalahan melakukan jenayah s3ksual terhadap seorang wanita beberapa tahun lalu namun baru- baru ini tuduhan berkenaan akhirnya di gugurkan dan Dai Syed dibebaskan dari segala pertuduhan.

World Wide24.com 6cca1fa8787254cdbca0c77b1015c84c

Semenjak pasangan ini mendirikan rumah tangga, gelagat kemesraan mereka berdua semakin menjadi perhatian netizen di media sosial. Malah apa sahaja yang dimuat naik oleh pasangan ini pasti akan menjadi bualan ramai.

Melihat kecomelan mereka berdua, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons di ruangan komen. Malah, ada juga yang cemburu melihat kemanisan pasangan itu.

World Wide24.com D0ca72e50069a66b31b601c8ba7506fa

Sempena sambutan hari raya aidilfitri tahun ini, ramai selebriti yang berkongsi gambar kenangan sambutan hari raya bersama keluarga di media sosial masing masing.  Dai Syed dan isterinya Hana juga tidak ketinggalan berkongsi beberapa gambar dan video sekitar sambutan hari raya buat tatapan para peminat di Instagram.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram itu, Dai Syed dan Hana dilihat bersalaman untuk memohon kemafaan pada 1 Syawal. Dalam hantaran berbeza, pasangan selebriti itu turut dilihat menari mengikut lagu bollywood berjudul Yeh Ladka Hai Allah sambil memakai persalinan baju raya lengkap.

Pasangan selebriti Dai Syed dan Hana Ismail sekali lagi meraih tumpuan dalam kalangan peminat selepas berkongsi video momen manis mereka menari bersama ketika aidilfitri yang lalu.

Di dalam hantaran video itu, Da’i Syed dan Hana Ismail dilihat memakai busana raya dan rancak menari di tengah bendang. Namun perkongsian tersebut telah menerima pelbagai reaksi dari netizen di mana ada yang menegur tindakan pasangan itu memuat naik video tersebut untuk tontonan umum.

World Wide24.com 09df515e44c39686aecdef9efdf9d8c2

Malah gelagat mereka yang berhibur dan menari di tengah bendang itu juga turut menerima kritikan netizen tambahan pula dengan status Da’i Syed sebagai seorang pendakwah. Selain itu, penampilan Hana Ismail juga turut menjadi bualan ramai apabila pengacara itu dilihat mengenakan tudung singkat tidak menutupi bahagian dada.

Ditambah pula dengan aksinya yang lincah menari sehingga menampakkan bahagian bentuk badannya. Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut menasihati pasangan ini untuk menjaga batasan dalam berkongsi dan mengurangkan perkongsian seperti itu untuk mengelakkan kecaman ramai. Berikut di kongsikan komen komen netizen.

World Wide24.com B20cd60da88eb5e485edd004ae297835

Meskipun tindakan dan perkongsian Dai Syed dan isterinya itu kurang disenangi ramai. bagaimanapun, ada juga peminat yang memuji pasangan selebriti itu kerana sentiasa kelihatan bahagia bersama selain turut terhibur melihat aksi mereka menari.

Sumber: Instagram dai syed

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!