Hiburan
“Muka Iqbal sebijik, lembut je muka dia” – Netizen
Nama Muhammad Iqbal Zulkifli mula di kenali apabila beliau mengambil kepuutusan untuk melamar usahawan dan penyanyi popular Dato Seri Vida. Iqbal mengenali usahawan popular itu setelah menjadi salah seorang kakitangan di syarikat Dato Vida sebelum ini sebagai seorang PA. Hubungan mereka mulai serius setelah Iqbal menyuarakan hasrat hati untuk bernikah dengan Dato Vida.
Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!
Bagaimanapun lamaran berkenaan tidak menjadi kenyataan setelah hubungan Iqbal dan Dato Vida menerima tentangan hebat daripada anak- anak Dato Vida sendiri iaitu Cik B dan Kacak.
Drama ‘cinta’ yang berlarutan antaran mereka berdua apabila saling berbalas kenyataan membuatkan netizen merasa agak meluat ketika itu. Apatah lagi anak- anak Dato Vida juga menentang keras kepuutusan Iqbal dan Dato Vida untuk mendirikan rumah tangga.
Kekecewaan Iqbal tersebut mendorong beliau untuk menjadi penyanyi apabila menghasilkan single pertama berjudul ‘Hujan’ yang menceritakan mengenai kisah hidup dirinya sendiri. Video klip lagu berkenaan mendapat sambutan di saluran Youtube dan melayakkan Iqbal menyertai sebuah rancangan pertandingan nyanyian Big Stage.
Bagaimanapun Iqbal tidak bertahan lama di dalam pertandingan nyanyian tersebut apabila beliau tersingkir pada minggu pertama. Ekoran rasa sunyi, Iqbal akhirnya membuat kepuutusan untuk mengambil seorang anak angkat.
Impian usahawan kontroversi bergelar penyanyi itu akhirnya dimakbulkan tahun lalu selepas mengambil seorang anak angkat lelaki yang ketika itu baru berusia tujuh hari.
Umum mengetahui, Iqbal mempunyai seorang anak angkat lelaki bernama Ziyad. Menerusi perkongsian terbaru Iqbal di Instagram, anaknya itu sudahpun mencecah usia setahun. Bagaimanapun, beliau merasa sedih kerana anaknya itu mengalami demam teruk di hari kelahirannya.
Ziyad mengalami muntah dan buang air besar dengan kerap sehingga berat badan bayi tersebut turun sebanyak 1 kilogram. Menurut Iqbal, beliau sudah membawa Ziyad berjumpa doktor semalam namun perlu membawa anaknya itu untuk berjumpa doktor buat kali kedua pagi tadi untuk mendapatkan ubat antibiotik.
Meskipun masih belum berkahwin dan mempunyai anak sendiri, namun naluri seorang ayah yang telah membesarkan Ziyad selama setahun membuatkan Iqbal merasa agak sebak dengan apa yang berlaku. Sebagai seorang ayah, Iqbal memohon maaf kepada anaknya itu sekiranya banyak yang kurang sempurna.
Iqbal juga berjanji akan memberikan pelajaran, kasih sayang dan pengorbanan demi melihat anaknya itu menjadi insan yang berwawasan dan berguna untuk masyarakat. Iqbal memohon doa daripada para pengikutnya untuk kesembuhan Ziyad dan mendoakan agar beliau dapat menjaga Ziyad dengan baik.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang mendoakan kesembuhan Ziyad dan meningg4lkan ucapan sempena hari ulang tahun kelahiran bayi tersebut. Netizen juga berkata wajah Ziyad semakin seiras dengan wajah Iqbal meskipun Iqbal merupakan anak angkat kepada usahawan dan penyanyi tersebut.
Netizen juga berkata kebiasaannya sekiranya mengambil anak angkat, lambat laun pasti wajah anak angkat tersebut akan seiras dengan wajah orang yang menjaganya sejak kecil.
Sempena hari ulang tahun Ziyad, netizen mendoakan Ziyad membesar menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada orang tua setelah dewasa. Berikut di kongsikan komen netizen.
Sebagai seorang bapa angkat, Iqbal juga mempunyai rasa kasih dan sayang terhadap anak angkatnya itu dan tentu mahukan anaknya menjadi seorang anak yang berjasa setelah dewasa. Semoga usaha Iqbal untuk membesarkan Ziyad dengan sempurna di permudahkan.
Sumber: Instagram ahmad iqbal
-
Hiburan3 years ago
“Aik..bila Kak Engku pregnant?” – Nabila Huda
-
Hiburan4 years ago
“Ko beranak kan bidadari ke apa ni” – Azza Elite
-
Umum4 years ago
“Patutlah saya tengok Naim sejuk hati, baik hati jaga kucing saraf r0sak”
-
Hiburan1 year ago
“Ni Hannah Delisha versi mini mini la ye, cantiik betul”-Netizen
-
Hiburan4 months ago
“Tak halal sis, area rumah saya je ni” – Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wehh terkejut tgk perut akak nasib ternampak tgn tu” – Netizen
-
Hiburan1 year ago
“Taj4m mata sis blh nmpk walaupn dh masuk dlm mangkuk”- Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wanita hebat yg byk kali d0wn tp tetap teguh, membesarkan anak2” – Netizen