Connect with us

Hiburan

“Muka anak Shu tu comel betul sengih2, melting aunty tgk”- Netizen.

Published

on

Ccc Ink 1

Konflik hubungan antara pelakon Hafidz Roshdi dan bekas isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri baru- baru ini menjadi perbualan ramai. Segalanya bermula apabila pasangan berkenaan bertindak memadamkan foto di Instagram masing- masing. Bagaimanapun keadaan menjadi lebih tegang apabila Hafidz kemudiannya didakwa menuumbuk Shuhada sebanyak tiga kali di bahagian muka sehingga mendatangkan keceder4an ketika mereka berjumpa untuk berbincang.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Susulan itu, ada individu yang bertanya kepada Nurul Shuhada atau lebih mesra di panggil Shu mengenai punca dirinya ditumbuk oleh bekas suaminya itu. Shuhada mendedahkan bahawa insiden itu berlaku ekoran Hafidz telah kantoi masih berhubungan dengan wanita yang di dakwa mempunyai hubungan dengannya itu buat kali kedua.

Shuhada Hafidz Roshdi 3

Terdahulu, Hafidz telah melafazkan c3rai talak satu kepada Shuhada dihadapan keluarga menerusi satu panggilan telefon. Setelah apa yang berlaku, Shuhada juga mengakui dirinya sudah tidak mampu untuk hidup bersama dengan Hafidz dan ingin membina kehidupan baru.

Shuhada juga sudah memulakan perniagaan untuk menyara kehidupan beliau dan kedua anaknya. Harapan Shuhada supaya netizen dapat membantu perniagaannya itu demi kelangsungan hidup beliau dan anak-anak selepas ini.

Shuhada Hafidz Roshdi 4

Sebagai rekod, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup berdua mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Humairah yang kini berusia 6 tahun dan Umar yang berusia 2 tahun.

Bak kata pepatah ibarat pelangi selepas hujan, setelah tular mengenai nasib yang menimpa Nurul Shuhada itu, sebuah jenama pakaian terkenal Bella Ammara memberikan peluang untuk membantu dari segi kewangan dengan menawarkan Shuhada dan anak- anaknya menjadi model pakaian muuslimah sempena hari raya.

Menerusi Instagram Bella Ammara, satu video yang memaparkan gelagat anak perempuan sulung Shuhada iaitu Humairah menggayakan telekung kanak- kanak menjadi perhatian netizen dan juga para peminat jenama pakaian terkenal berkenaan.

Di dalam video berkenaan, Humairah memakai telekung berwarna merah jambu dan tersenyum memandang kamera bersama dua orang lagi kanak- kanak lain. Walaupun kelihatan tersipu malu untuk bergaya di hadapan kamera namun kanak- kanak berkenaan tidak lekang dengan senyuman.

Shuhada Hafidz Roshdi 5

Mengintai keruangan komen, ternyata gelagat Humairah yang mempunyai wajah yang comel dan tidak lokek dengan senyuman itu mencairkan hati netizen memandangkan pengalaman menjadi model pakaian dan telekung muuslimah kali ini merupakan pengalaman yang pertama buat Humairah.

Perkongsian video tersebut juga mendapat reaksi yang posiitif daripada netizen yang kebanyakannya berminat dengan telekung kanak- kanak. Netizen juga turut memberikan sokongan penuh buat Shuhada demi membantu ibu tunggal berkenaan memulakan kehidupan barunya. Berikut di kongsikan komen netizen.

Shuhada Hafidz Roshdi 2

Melihat perkembangan positif yang di lalui Shuhada, ramai netizen yang mengucapkan terima kasih kepada jenama pakaian Bella Ammara tersebut kerana sudi membantu kehidupan anak beranak itu dengan memberikan peluang buat Shuhada menjana pendapatan dengan menjadi model mereka.

Sumber: ig bellaammara

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!