Connect with us

Hiburan

“Meremang laa tengok Azhael ni”-Netizen

Published

on

Siapa saja tidak mengenali nama besar dalam industri muzik iaitu Hael Husaini. Nama beliau tidak lagi asing dalam dunia hiburan, malah namanya sudah pun meningkat ke dunia luar. Seorang yang mempunyai lunak suara yang unik dan merdu, serta berupa paras seperti Oppa Korea. Sebut saja Hael, siapa je tak kenal beliau kan ?

Kini, beliau menjadi kegil4an ramai, khususnya para remaja dan juga wanita di luar sana. Bukan apa, muka dahla hensem, lagu nya pula semuanya sedap didengar dan unik lain dari yang lain. Banyak kali menang AJL, tiap tahun akan sampai ke final.

Tetapi, siapa sangka kalau yang dahulunya beliau merupakan bekas peserta program realiti Akademi Fantasi dan mempunyai pasangan duo nya yang sangat diminati ramai pada zaman dahulunya. Cuba teka apa nama duo tersebut ? Ingat tak ?

Tak lain tak bukan, sudah semestinya AZHAEL. Sebut saja nama tersebut, autom4tik kita akan terimbau kembali zaman kegemilangan duo tersebut.

Kalau diingatkan kembali, memang zaman di mana kita sangat fanatik dengan kedua-dua jejaka tersebut.

Baru-baru ini, Hael menggemp4rkan peminatnya pada Konsert Bintang HH yang dianjurkan. Apa yang membuat kan para peminatnya terkejut setelah melihat penampilan Azhar yang merupakan pasangan duo nya ketika di Akademi Fantasi.

Meremang bulu melihat duo tersebut. Setelah sekian lama tidak bersua muka  dan satu pentas mendendangkan lagu, siapa sangka pada malam tersebut mereka berdua telah membuat penampilan yang sangat menakjubkan.

Rata-rata peminatnya sangat kagum dan teruja tidak terkata. Bukan apa, bila duo tersebut kini kembali dan live di depan mata. Memang berdiri kaku dan tak terkata lah melihat mereka berdua tu. Rasa rugi pula tak beli tiket konsert tersebut.

Bahkan, ada yang ingin melihat kembali duo tersebut pada konsert seterusnya. Pada yang tidak dapat hadir pada kesempatan kali ini, ramai yang request supaya Hael akan menjemput rakan karibnya untuk kembali bersama satu pentas beraksi.

Justeru, memang tak dapat dinafikan bahawa duo tersebut sangat hebat pada zaman dahulunya, sehinggalah mereka berdua berjaya sampai sekarang. Harap nya next tour adalah lagi surprise seperti gandingan Azhael ni kan ? Wah, tak sabar.

Sumber : Ig Haelhusaini

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!