Connect with us

Hiburan

“Makin bertambah usia makin nampak muda pulak”- Netizen

Published

on

Mm Ink

Siti Nordiana merupakan seorang penyanyi wanita yang telah memulakan kerjaya di era 90an. Beliau merupakan penyanyi yang seangkatan dengan Syura dan juga Elyana. Bagaimanapun, nama Siti Nordiana atau lebih mesra di panggil Nana sebelum ini lebih di kenali sebagai pasangan duet kepada vokalis utama kumpulan Spin iaitu Arw4h Achik Spin.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Nana dan Arw4h Achik Spin merupakan pasangan duet yang cukup popular waktu itu dan berjaya menghasilkan pelbagai lagu duet bersama ketika era 90an.

Nana 6

Lakonan Nana bersama Alif Satar menerusi drama Dia Semanis Honey sebelum ini juga berjaya menjadikan mereka berdua gandingan serasi di dalam drama. Nana juga berjaya merangkul Anugerah Meletop bagi kategori Artist Wanita Meletop selama beberapa tahun.

Kemunculan kembali penyanyi ini membuahkan hasil apabila nama Nana kembali meniti di bibir para peminat. Sehingga kini lagu- lagu Arw4h Achik Spin dan Nana telah banyak di rakamkan kembali oleh para pelapis penyanyi baru.

Nana 8

Sudah lumrah menjadi seorang artis dan seseorang yang dikenali ramai seperti Nana, kehidupan peribadi mahupun kerjaya beliau akan sentiasa menjadi perhatian ramai.

Menerusi perkongsian terbaru bekas juara gegar vaganza musim kedua itu di Instagram, beliau memuat naik ucapan terima kasih kepada para peminat beliau yang telah menulis ucapan sempena hari lahir beliau yang j4tuh pada tarikh 22 November.

Nana yang juga kini sedang bercuti di luar negara mengucapkan rasa syukur di atas pertambahan usia dan sokongan daripada para peminat yang tidak puutus masih menyokong beliau sehingga kini.

Sebagai rekod, Nana sebelum ini menghilang sebentar daripada dunia seni kerana di katakan lagu- lagu beliau sudah tidak lagi relevan dengan pasaran semasa.

Nana 10

Setelah beberapa tahun, Nana kemudiannya menyertai program nyanyian gegarvaganza untuk melonjakkan kembali nama beliau sebagai penyanyi.

Penyertaan beliau dalam program nyanyian tersebut berbaloi apabila merangkul gelaran juara gegar vaganza musim kedua sekaligus menaikkan kembali nama dan lagu- lagu lama beliau sebelum ini.

Nana 5

Menjengah keruangan komen, rakan artist juga turut menulis ucapan selamat hari lahir buat penyanyi berkenaan selain saling mendoakan kesejahteraan. Peminat turut memuji wajah penyanyi kesayangan mereka yang kelihatan muda dari usia.

Tidak ketinggalan penyanyi Naqiu yang berkongsi tarikh kelahiran yang sama seperti Nana turut meningg4lkan ucapan dan doanya buat pelantun lagu Menyantun Kasih ini. Berikut di kongsikan komen netizen.

Nana 11

Sebagai rekod, Nana mempunyai seorang anak lelaki tunggal hasil perkahwinan terdahulu beliau bersama Arw4h suami Faizal. Setelah berc3rai bersama bekas suami pada tahun 2009, sehingga kini hampir 13 tahun Nana memegang status ibu tunggal. Ramai yang kagum dengan semangat Nana yang masih cekal menjalani kehidupan bersama anak tunggalnya.

Sumber: ig sitinordiana

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!