Hiburan
“Kenapa mak lagi muda dari anak”- Netizen
Seronoknya sesiapa masih mempunyai seorang ibu. Ya lah… ada juga tempat bermanja dan insan yang ikhlas mendoakan diri kita kerana lazimnya kasih ibu tak bersyarat dan tak bertebing. Doa dan restunya pula sangat diperlvkan dalam mendapat keberkatan hidup. Melihat perkongsian pelakon dan penyampai radio, Azad Jazmin ini pun ramai yang merasa sebak.
Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!
Pastinya merasakan dekatnya kasih sayang ibu dan anak ini, tak kurang yang tumpang senang melihat bagaimana Azad atau lebih dikenali sebagai Pak Azad pada usia sudah meningkat memanjakan ibunya pula.
Sudah tentu ia bagi membalas jasa ibu tersayang membesarkannya hingga berada pada tahap dirinya sekarang. Dalam video ini terlihat Azad menghadiahkan dan mengkalungkan ibunya dengan rantai emas.
Sekali imbas nampak besar dan berat juga rantai tu.. Apa pun bertuah sungguh ibu Azad mendapat anak yang tahu membalas budi dan mengenang jasa macam suami kepada aktres, Eira Shazira ini.
Begitupun dalam memberikan hadiah yang nampak situasi seperti di tempat makan tu, netizen tertarik dengan ketrampilan ibu Pak Azad. Nampak muda tak macam mak, tapi macam kakaknya pulak.
“kenapa rasa tu kakak pak azad bukan mak”, “Mak lagi muda dari anak”, “alhamdulillah syurga … Alahai sebak la pulak”, “Comel jer tengok mak dan anak nie”, “Semoga kak shidah bahagia selalu disamping anak menantu”.
“Mak eira dah xde tp Allah gantikn seorg ibu mertua yg sgt baik dah mcmak kandung tgk”, “Ya allah..teringat 4rwah mak”, “Bahagia betul bile saya tgk abg bahagia kan mak abg”, “Muka pon copy paste mak juga sejuk perut mak”.
Itu antara komen netizen. Memang ada betulnya juga kata netizen, sekali pandang anak beranak ini, nampak ibu Azad macam kakaknya pula sebab jika melihat secara luarannya masih awet muda.
Terdahulu jika melihat coretan Eira di kapsyen hantarannya itu, ibunya sendiri sudah menghadap Ilahi, namun amat bersyukur dikurniakan ibu mertua yang sangat penyayang.
Patutlah ibu Azad ni sangat disayangi anak menantu ya. Baik orangnya. Moga kasih sayang anak beranak ini berkekalan hingga ke jannah. Buat semua di luar sana, moga perkongsian Azad menyuntik inspirasi sayangi ibu bapa kita.
Sumber : IG Eira Syazira
Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
-
Hiburan3 years ago
“Aik..bila Kak Engku pregnant?” – Nabila Huda
-
Hiburan4 years ago
“Ko beranak kan bidadari ke apa ni” – Azza Elite
-
Umum4 years ago
“Patutlah saya tengok Naim sejuk hati, baik hati jaga kucing saraf r0sak”
-
Hiburan1 year ago
“Ni Hannah Delisha versi mini mini la ye, cantiik betul”-Netizen
-
Hiburan4 months ago
“Tak halal sis, area rumah saya je ni” – Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wehh terkejut tgk perut akak nasib ternampak tgn tu” – Netizen
-
Hiburan1 year ago
“Taj4m mata sis blh nmpk walaupn dh masuk dlm mangkuk”- Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wanita hebat yg byk kali d0wn tp tetap teguh, membesarkan anak2” – Netizen