Hiburan
“Hanya Zahirah yg mampu buat bintang K-pop tunggu giliran ambik gambar” – Netizen

Sejak beberapa tahun lalu hingga sekarang fenomena K-pop menular di seluruh dunia termasuklah di negara ini. Tak hairanlah apa saja disajikan termasuklah kelibat artis popular dari sana dipandang penuh takjub peminatnya. Tapi jangan tak tahu, artis paling glamor di sana pun tak pandang artis kita sebelah mata. Model dan pelakon, Zahirah MacWilson membuktikannya.
Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!
Lihat saj4lah perkongsian hantaran ini, terlihat artis Korea pernah dinobat individu paling popular yang juga Top 10 selebriti Korea carian paling tinggi baru-baru ini, Jimin BTS pun kagum dengan Zahirah.
Terakam momen di satu pentas merakam foto, Jimin dilihat terhenti daripada meneruskan berjalan untuk berada di poin bergambar apabila Zahirah terlebih dahulu berada di situ. Sampaikan Jimin pula terpaksa menunggu untuk gilirannya.
Agak mencuit hati netizen pulak kerana lazimnya artis dan orang kita yang perlu menunggu retis Korea. Ni terbalik pula ya… Menariknya ketika Zahirah berfoto, Jimin pun tak berkelip beberapa ketika dapat menatapnya.
“Hhahahhahaa…hanya zahirah yg mampu buat bintang besar kpop tunggu giliran ambik gambar ”, “Army.. gunakan kuasa kita viralkan video ni. Harap sgt jimin notice video ni and this girl was from MY”.
“Jimin mesti dia cakap dalam hati “ini orang asia dri negara manakah dia,cantiknya this lady”, “Bini org Jimin oii”, “reaction die tu cm kenal x kenal eaa.”, “Wahh dinotice jimin, tapi Jimin tu pun terpegun tengok zahirah tu cantik ingat”.
Itu antara komen netizen. Melihat momen ini terasa kuat betul aura Zahirah sampaikan Jimin pun terpegun. Jangan suami Zahirah, aktor, Aiman Ridza Hakim risau sudahlah… Yang pasti bertuah juga Aiman sudah memiliki Zahirah.
Sehingga kini tetap aktif di pentas peragaan, Zahirah memulakan kerjaya awalnya sebagai model pada usia 12 tahun lagi. Dia memulakan kerjaya lakonan pada 2015 menerusi drama orientasi remaja Dunia Generasi Baru.
Mana tak cantik, Zahirah dilahirkan di Kuala Lumpur dan dibesarkan di Sheffield, London dan Perth, Australia ini mempunyai dar4h campuran British di sebalah bapanya dan Melayu di sebelah ibunya.
Apa pun jika nak masuk ‘j4rum’ pun ‘ruang’ sudah tertutup buat Jimin. Zahirah telah mendirikan rumah tangga dengan Aiman pada 20 Februari 2020. Mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata, Isaac Raees, 2.
Sumber : IG ERA
-
Hiburan4 years ago
“Aik..bila Kak Engku pregnant?” – Nabila Huda
-
Hiburan5 years ago
“Ko beranak kan bidadari ke apa ni” – Azza Elite
-
Umum5 years ago
“Patutlah saya tengok Naim sejuk hati, baik hati jaga kucing saraf r0sak”
-
Hiburan1 year ago
“Tak halal sis, area rumah saya je ni” – Netizen
-
Hiburan2 years ago
“Ni Hannah Delisha versi mini mini la ye, cantiik betul”-Netizen
-
Hiburan2 years ago
“Hensem anak apek, pengantin pompuan tu dh mcm muka syuhada ex wife Hafiz Rosdi tu” – Netizen
-
Hiburan4 years ago
“Wehh terkejut tgk perut akak nasib ternampak tgn tu” – Netizen
-
Hiburan2 years ago
“Taj4m mata sis blh nmpk walaupn dh masuk dlm mangkuk”- Netizen