Connect with us

Umum

“Hadiah tahun baru 2020”- Sherry Alhadad

Published

on

Erinsakura F8adae64c840d76854d7d1214b36939d

Setiap manusia pasti punyai impian dan bukan senang untuk seseorang itu mencapai impian yang mereka idamkan. Impian itu boleh dianggap sebagai mimpi dimana ia boleh dilihat tetapi sukar untuk digapai. Apabila seseorang itu sudah dapat mencapai impian mereka, ia akan menjadi satu kepuasan dalam hidup kerana telah berjaya mencapai matlamat yang selama ini telah diusahakan.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Begitulah perasaan pelakon, pengacara, dan pelawak berkaliber kita, Sherry Alhadad. Beliau yang bermula dari menjadi alumni ASWARA diangkat naik untuk berlakon dalam sebuah drama ‘Sutun’ arahan Sharulezad Mohamedin pada tahun 2006. Hingga kini, beliau telah punyai rancangan tv beliau sendiri bernama The Sherry Show.

 

Erinsakura 81d21b3333cc58d12bd482de592da9ce

Baru-baru ini, beliau berkongsi lagi satu kejayaan beliau apabila beliau berjaya menjadi model muka depan majalah Eh dengan tajuk utama Sherrry Alhadad : The Television Darling.

Para netizen begitu bangga akan kejayaan Sherry ini. Ada juga yang mengatakan beliau layak atas kejayaan ini dan ada juga meminta Sherry supaya terus memberi inspirasi kepada insan diluar sana untuk tidak putus asa untuk berjaya.

Erinsakura 1efe9b31db16369b936259231810d9e4

Nak seribu daya, tak mahu seribu dalih. Apa kita mahukan kita boleh capai, asalkan ia bersama dengan usaha dan tawakkal kepada Allah. Tiada apa yang mustahil melainkan kita yang mengatakannya.

sumber : sherry_alhadad

Artikel ini disediakan oleh Cite Ohsem . Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!