Hiburan
“Gitula mak mak akan cari tempat yg anak selesa dulu” – Nad Zainal
Tiada apa yang lebih membahagiakan seseorang ibu selain melihat anak-anaknya sentiasa gembira dan menikmati momen bersamanya. Biar dalam keadaan apa pun diri ibu itu, kehendak dan kesukaan anak akan lebih diutamakan. Itulah jua agaknya turut dilakukan pelakon jelita kesayangan ramai, Fasya Sandha yang memperlihatkan dirinya sedang melayan puteri-puteri kecilnya yang dikongsikan di medsos beliau.
Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!
Ramai yang mencoretkan komen bahawa bersetuju itulah yang dilakukan oleh seseorang wanita yang sudah bergelar ibu. Pelakon, Nad Zainal juga ada menyelitkan komennya di status hantaran Fasha itu.
Menurut Nad, begitulah keadaannya apabila sudah bergelar seorang ibu. Ya betul kan… lazimnya walau di mana pun pergi bersama terutama semasa bercuti, kegembiraan anak-anak terlebih dahulu yang akan diutamakan.
Yalah… Nad pun sudah ada dua anak kecil. Pasti faham sangat kannn… Seperti kebiasaan anak-anak kecil lain, mesti suka bermain dengan air, sama jugalah dengan anak-anak Fasha ini.
Dalam pada itu, tak kurang yang memuji cara Fasha mengasuh anak-anak yang dikatakan penuh kelembutan dan keibuan. Lihat sajalah di video hantaran beliau itu, Fasya juga banyak tersenyum dan tenang melayan anak-anak.
Isteri kepada pelakon, Aidil Aziz ini juga tampak sangat bahagia dengan kehidupannya bersama tiga anaknya. Dalam kapsyen ditulis Fasya, beliau antaranya menyatakan rasa bersyukur atas segalanya dan menyatakan anak-anak menjadi penguat semangat dalam apa jua keadaan.
Dalam pada Fasha melayan dua anaknya yang berlatarbelakangkan kolam renang itu, ramai pula yang teruja nak tahu lokasinya itu. ‘Sempat nampak baby Fasha main bola dgn kakak dan ayahnya ptg smlm…kt t.kemang pD…,’ – antara komen netizen.
Alhamdulillah… dari hari ke hari, tampak bahagianya Fasya bersama keluarga dan anak-anak. Semoga terus istiqomah lembut dan sabar dalam mendidik mereka yang pastinya ramai ibu lain mahu menjadi seperti Fasha di luar sana.
Fasha diijabkabulkan dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai yang juga bekas suami pelakon Nora Danish pada 27 April 2012. Mereka dikurniakan dua anak, Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima. Pada 20 Januari 2016, Fasha dan Jejai secara rasmi berpisah talak satu.
Takdir menentukan, Fasha dan Aidil melangsungkan perkahwinan pada 28 Mac 2019, iaitu bersempena dengan ulang tahun kelahiran Fasha ke-35. Pada 7 Ogos 2020, mereka menimang seorang cahaya mata perempuan.
Sumber : Ig Fasha Sandha
Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
-
Hiburan3 years ago
“Aik..bila Kak Engku pregnant?” – Nabila Huda
-
Hiburan4 years ago
“Ko beranak kan bidadari ke apa ni” – Azza Elite
-
Umum4 years ago
“Patutlah saya tengok Naim sejuk hati, baik hati jaga kucing saraf r0sak”
-
Hiburan1 year ago
“Ni Hannah Delisha versi mini mini la ye, cantiik betul”-Netizen
-
Hiburan4 months ago
“Tak halal sis, area rumah saya je ni” – Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wehh terkejut tgk perut akak nasib ternampak tgn tu” – Netizen
-
Hiburan1 year ago
“Taj4m mata sis blh nmpk walaupn dh masuk dlm mangkuk”- Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wanita hebat yg byk kali d0wn tp tetap teguh, membesarkan anak2” – Netizen