Connect with us

Hiburan

“Ecah boleh jadi princess duyung laa cutee” – Netizen

Published

on

World Wide24.com 00483e9aa097fc59666ba6211d1a1728

Bukan saja ibu dan bapanya berbakat dalam bidang seni, bahkan dirinya juga sedikit demi sedikit dah terserlah dalam bidang itu. Apabila ada saja konten membabitkan dirinya dikongsikan di medsos, pasti akan menarik perhatian netizen. Satu lagi kelebihan ada pada si cilik anak kepada pasangan selebriti Rozita Che Wan atau Che Ta dan Zain ini juga rupanya ialah berenang.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Lihat saj4lah aksi Aaisyah Dhia Rana ini yang lincah berenang di dalam kolam renang difahamkan di sebuah hotel terletak di Pulau Pinang ini. Laju saja renangannya ke hulu ke hilir sambil diperhatikan oleh Che Ta.

World Wide24.com B4fb7e597bc6db1812c743e6a188f6c9

Nampak macam perenang profesional saja gayanya itu. Mesti Aaisyah dah biasa dan berlatih berenang sejak kecil. Lebih menancap perhatian netizen apabila gayanya dah macam anak gadis yang telah matang pula.

Kalau ada produser nak ambil Aaisyah berlakon jadi ikan duyung pun dah boleh sangat ni. Ada pula netizen yang meluahkan tampak Aaisyah berenang macam dolphin pun ada. Pendek kata ramai kagum bakat renang Aaisyah.

World Wide24.com 20c99b1a68c225a37dae2e1f010b1308

“Pandainya Ecah swimming”, “Wah best… belajar berenang ni boleh sangat tengok apa yang salah”, “Wahhh mommy daddy honeymoon pakej little mermaid. Suka2”, “Bestnya anak pandai berenang”.

“Tengah healing tetiba duyung lalu”, “Boleh plak Che Ta bawak Aaisyah. Ckp xboleh”, “Kena jadi artis baru boleh bawak budak2 ke mcm mana ni?”, “Kenapa berat sebelah? Artis punya anak boleh.. Rakyat biasa tak boleh bawak kids pula.. So unfair”.

World Wide24.com 5b5a3dbd90f7396aef13e3137c416e68

Itu antara komen netizen. Dalam pada kagum Aaisyah pandai berenang, tak kurang pula yang mempertikaikan bagaimana kanak-kanak boleh dibenarkan berenang di kolam itu kerana difahamkan ia menjadi peraturan larangan.

Begitupun, ada pula menjelaskan bahawa kolam itu besar dan dalam dikhuatiri boleh mengundang bah4ya kepada si kecil. Ooh rupanya ramai berkecil hati bila anak mereka tak dibenarkan masuk macam anak Che Ta.

World Wide24.com 67f6cb686fb6a4e230560ae8da7d35aa

Dalam pada itu di ruangan komen hantaran Che Ta itu ada yang mengakui mewakili Che Ta menjawab persoalan mereka mempertikaikan bagaimana Aaisyah boleh ‘lepas’. Kata mereka kanak-kanak sememangnya tak dibenarkan.

Tegas wakil tersebut Aaisyah sekadar masuk berenang sekejap sahaja dan menegaskan pihak terbabit tidak berat sebelah. Mereka menginap di 1 pool suitedan 1 deluxe room.

“Harap jangan ada salah faham”, coretnya. Ermm macam-macam pula ya… Lain yang Che Ta nak kongsi, lain pula yang menancap hati netizen.

World Wide24.com 4268957be4b8e993e77f33b8ce90f50e

Sumber : IG Che Ta

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!