Hiburan
“Duk ulang banyak kali dah kenapa tah haha” – Netizen
Sekali sekala muncul memeriahkan medsosnya, ramai sungguh yang terjatvh cinta dengan perkongsian selebriti cantik lawa yang sudah berhijrah ini. Bukan setakat keelokan wajahnya yang menarik perhatian, bahkan content dikongsikan pelakon, Izara Aishah ini juga mencuit hati. Lihat saj4lah Izara dengan miming ala ‘abangla’ ini memberikan nasihat, kita yang melihat ini pun tersengeh dibuatnya.
Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!
Ya lah… bukan selalu Izara sporting macam ni di medsos bukan? Sekurang-kurangnya terubat juga kerinduan peminat melihat wajahnya beraksi jika tak di layar televisyen, dengan perkongsian hantarannya ini pula.
Begitupun dalam berkecindan betul juga apa dinasihat Izara ini ya. “If you have a bad day, give up… go home and get sleep” (Jika anda mengalami hari yang buruk, kecewa, pulanglah ke rumah dan tidur). “Kata-kata semangat”, coret Izara.
Kadang ya juga, melalui rehat dengan cara tidurlah biasanya boleh melegakan rasa ketegangan. Apa pun respons rakan artis dan netizen di ruangan komen hantarannya itu tak kurang lucu.
“Wokay la dei” – pelakon, Kila Fairy, “@izaraaishahofficial then eat,then sleep,then fat” kata pelakon, Faezah Elai pula. Siap dengan gaya tangan dan gerak kepala ala ‘abangla’, apa pun memang tak kurang yang bersetuju dengan kata-kata Izara itu.
Adalah lazim watak ala lelaki b4ngla sering menjadi bahan lelucon kita di sini dek gelagat kelompok itu yang kadang dalam tak sedar buat kita tersengih sendiri bila cuba meniru aksi dan cara percakapan mereka.
Apa pun dalam respons terhadap perkongsiannya itu, seperti biasa ramai juga memuji akan kecantikan dan keayuan wajah Izara apatah lagi terserlah dalam imej berhijabnya, selain ibu kepada seorang cahaya mata itu kini dikatakan sudah pandai buat lawak.
“Duk ulang banyak kali dah kenapa tah haha”, “Thank you atas kata semangatnya”, “Hahaha.. i loike.. go home and sleep”, “Pandai buat lawak skrg”, “Ahahaha comellll je dia”, “MasyaAllah cantiknya”. Itu antara kata netizen.
Izara atau nama sebenarnya Nik Izara Aishah Nik Izazurin merupakan bekas peserta Dewi Remaja 2009/10. Dia mula bergiat aktif dalam lakonan sejak 2011 dan dikenali melalui beberapa drama antaranya Keranamu Laila dalam slot Zehra di TV3.
Izara mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Adib Khalid, anak tiri penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza yang juga anak kepada ahli perniagaan terkenal Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa pada 17 November 2017.
Sumber : IG Izara Aishah
-
Hiburan3 years ago
“Aik..bila Kak Engku pregnant?” – Nabila Huda
-
Hiburan4 years ago
“Ko beranak kan bidadari ke apa ni” – Azza Elite
-
Umum4 years ago
“Patutlah saya tengok Naim sejuk hati, baik hati jaga kucing saraf r0sak”
-
Hiburan1 year ago
“Ni Hannah Delisha versi mini mini la ye, cantiik betul”-Netizen
-
Hiburan4 months ago
“Tak halal sis, area rumah saya je ni” – Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wehh terkejut tgk perut akak nasib ternampak tgn tu” – Netizen
-
Hiburan1 year ago
“Taj4m mata sis blh nmpk walaupn dh masuk dlm mangkuk”- Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wanita hebat yg byk kali d0wn tp tetap teguh, membesarkan anak2” – Netizen