Connect with us

Hiburan

“Banyak baiknya kalau duduk rumah sendiri”- Netizen

Published

on

67B56564 FCE5 48BF AC85 E8E59FD3CA1D Scaled

Setiap manusia telah di tetapkan rezekinya masing- masing. Rezeki setiap orang datang dalam pelbagai bentuk. Buat pelakon Elisya Sandha, beliau amat bertuah di kurniakan seorang ibu mertua yang sangat mengambil berat dan menyayangi beliau sebagai menantu perempuan sulung. Perkongsian Elisya mengenai layanan baik ibu mertuanya Sheila Rusly sentiasa mencuri perhatian warganet di media sosial.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Sebelum ini, Shiela juga turut menawarkan diri untuk menjaga dan menguruskan Elisya bersama besannya Mama Sandha dalam menjalani proses berpantang. Elisya juga turut berkongsi beberapa makanan berpantang yang di masak oleh Shiela buat beliau.

Shiela Bunga Elhaq 4

Sebagai rekod, Elisya Sandha mendirikan rumahtangga bersama Uzair Haqimy pada 21 Ogos dua tahun lalu. Uzair Haqimy merupakan anak lelaki kepada pelakon dan penerbit Shiela Rusly. Elisya selamat melahirkan bayi perempuan yang di beri nama Bunga Elhaq pada pertengah bulan Jun tahun lalu.

Nama Bunga sendiri merupakan nama pilihan yang di cadangkan sendiri oleh Sheila Rusly buat pasangan berkenaan. Rata- rata warganet juga memuji keunikan nama Bunga ElHaq.

Elisya Sandha 6

Setelah hampir 10 bulan Elisya tinggal di rumah mertuanya, Elisya memaklumkan bahawa beliau sekeluarga kini telah berpindah ke kediaman sendiri. Adakalanya beliau turut merasa sunyi kerana sudah terbiasa mendengar suara mak mertuanya iaitu Shiela Rusly.

Anaknya Bunga juga yang sudah di besarkan sejak dari kecil oleh Nana dan Dadanya iaitu Shiela Rusly dan suami juga kini sedang menyesuaikan diri dengan suasana di kediaman baharu mereka.

Mungkin Elisya dan suaminya membuat keptusan ini untuk belajar berdikari sendiri dan untuk menjadi pasangan yang lebih bertangungjawab selepas ini. Sudah menjadi kebiasaan setiap pasangan akan berusaha hidup sendiri tanpa mertua atau ibu bapa selepas berumahtangga. Elisya juga meluahkan dia merasa sunyi sebab sudah biasa di sisi mertuanya selama 10bulan dan kini dia baru sahaja berpindah ke rumag sendiri.

B9E97249 E509 421B BB48 641C36D837E9

Bukan sahaja Elisya yang merasa rindu nampaknya Nana lagi merindui Bunga setelah sudah tidak lagi menetap bersama. Sudah pasti seorang nenek akan merindui cucu lagi lagi baru sahaja menimbang cucu sulung perempuan pulak tu dan comel. Shiela Rusly nampak terlalu sayang kepada Bunga dan juga Elisya. Kasih sayangnya terserlah dengan cara dia menjaga Elisya

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram Shiela Rusly, beliau memuatnaik video sedang menyediakan beberapa hidangan untuk berbuka puasa bersama cucunya Bunga El Haq. Kebahagiaan Nana untuk berjumpa dengan cucunya juga dapat di rasai oleh netizen.

Sebelum ini, rata-rata peminat memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian oleh Elisya untuk berpindah ke kediaman sendiri kerana turut merasa sebak apabila melihat Bunga terpaksa ‘berpisah’ dengan datuk dan neneknya.

Bunga Elhaq 4

Namun begitu demi kebaikan bersama, netizen memahami kepuutusan berat yang terpaksa di ambil Elisya. Tidak berkecil hati, Shiela juga turut menyokong kepuutusan anak dan menantunya itu untuk memulakan kehidupan mereka sendiri. Malahan Shiela juga menulis komen di Instagram Elisya mengatakan bahawa beliau sentiasa ada sekiranya Elisya memerluk4n.

Melihatkan hidangan masak lemak udang yang di masak oleh Shiela itu, rata- rata netizen memuji Shiela Rusly kerana sangat pandai memasak serta merasakan menantunya Elisya sangat bertuah kerana di kurniakan ibu mertua yang baik dan sangat pandai memasak. Berikut di kongsikan komen netizen.

Shiela

Ramai menantu di luar sana yang sangat menginginkan mertua seperti Shiela Rusly. Alhamdulillah Elisya juga nampak seorang menantu yang sangat baik sopan lemah lembut dan sangat cntik. Ramai peminat Elisya menyokong keptusan Elisya untuk tinggal berasingan dek kerana tidak mahu apa apa sahaja masalah untuk jangka masa panjang.

651A8832 FEFF 465E B3BC 679B4EF27A7C

Bertuahnya Bunga El Haq ni ya. Lahir dalam keluarga yang penuh dengan kasih sayang. Malahan kehadiran Bunga ElHaq cucu sulung perempuan itu sememangnya di nantikan oleh Sheila sekeluarga memandangkan Sheila tidak mempunyai anak perempuan.Mudah- mudahan Bunga membesar menjadi anak yang solehah dan sentiasa membanggakan kedua ibu bapanya serta Atok dan Neneknya kelak.

Sumber: Instagram shiela rusly dan Elisya

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

 

 

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!