Connect with us

Hiburan

“Awak berdua meletakkan level yg tinggi utk cgu tadika dn prasekolah nk mengajar ABC ye” – Netizen

Published

on

World Wide24.com F5f866871c3c28cc69b17627e5a8b3f2

Pertama kali bergelar ibu bapa lazimnya akan membuatkan kehidupan seseorang pun akan berubah 360 darjah jika hendak dibandingkan zaman bujang atau hanya berdua bersama pasangan.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Jika sebelum itu barangkali hanya memikirkan tentang diri sendiri, begitupun kehadiran cahaya mata lazimnya akan menyebabkan kita pun akan terikut keperluan si kecil itu, macam pasangan penyanyi, Ernie Zakri dan Syamel ini.

Kalau sebelum itu suami isteri ini lebih banyak melantunkan lagi cinta, kini bertukar pula pada lagu kanak-kanak. Meskipun demikian, lagu dinyanyikan masih pada ‘level’ suara mereka.

World Wide24.com 2bb418342b2d9c19f6493ce9d2fc7714

Agak mencuit hati apabila Ernie dan Syamel berkongsi nyanyian mereka untuk lagu mengajar ABC. Biarpun hanya lagu sedemikian, namun gabungan suara mereka ‘meletop’.

Kedengaran power sungguh apabila berpadu suara hingga dah berbunyi rentak soprano. Nyanyi lagu ABC saja pun, boleh meremang bulu roma mendengarnya.

World Wide24.com F30a02802aed7fcb511126430e1c1d2f

Padanlah menarik perhatian bukan sahaja rakan artis seperti pengajar muzik dan penyanyi, Datuk Syafinaz, Wany Hasrita dan beberapa lagi selain daripada netizen.

“Powerla lagu ABC ni”, “Awak berdua meletakkan level yg tggi utk cikgu2 tadika dan prasekolah nk ajar lagu ABC ye..hmm kena masuk kelas vokal la kalau cam gini”.

World Wide24.com C3f2f9d1b6beefc9bada7d7a8cdeacad

“Wowwww hebat lagu ABC”, “Cikgu2 tadika next year ready ajar anak2 nyanyi lagu ABC ni utk concert convocation ye”, “Kak Ninie jgn set standard lagu ABC tinggi mcm ni..”.

Itu antara komen netizen. Risau betul netizen nanti kena mengajar anak-anak belajar berlagu ABC kena ber’standart’ macam lontaran suara Ernie dan Syamel.

World Wide24.com 5f255ca8572af09cc2865e3b0d62bb96

Memang lain betul ‘level’ anak mereka berdua, Khawla ni belajar lagu ABC versi ibu bapanya ini. Mesti anak pun cepat dapat ‘tangkap’ dan belajar.

Apa pun terbaiklah buat Ernie dan Syamel. Selain hiburkan halwa telinga peminat dewasa, untuk kanak-kanak pun ada juga. Mana tahu lagi cepat budak dapat belajar ABC.

World Wide24.com 372d7afbb1509cc0087294e9be583d70

Sumber: IG Ernie Zakri

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!