Connect with us

Hiburan

Anak angkat Dato Rizalman baca khutbah dan takbir raya buat ramai terharu

Published

on

Erinsakura 16044667551fa09ce8346bdb434b7afb

Cukup sinonim dengan industri fesyen, Dato’ Rizalman kini mengorak langkah menjadi seorang personaliti televisyen dan sering dijemput menjadi juri bagi beberapa rancangan pertandingan yang melibatkan fesyen mahupun nyanyian. Tidak cukup dengan itu, beliau juga telahpun diberikan peluang untuk mengemudi sebuah rancangan masakannya sendiri pada bulan Ramadhan yang lalu iaitu Pung Pang Rizalman.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Menyelak sisi peribadi personaliti ini, kedua ibu bapanya sudahpun mngal dunia dan adik beradiknya yg lain juga telahpun berkahwin serta memiliki keluarga masing-masing. Oleh sebab itulah bagi mengisi kesunyian dihati beliau mengambil anak angkat sebagai peneman dalam hidupnya.

Erinsakura 86795b246aea5003095a7fbc2f1fdadf

Dato’ Rizalman Ibrahim mempunyai dua orang anak angkat iaitu Umar Nail yang berusia 18 tahun dan juga Aali Nail yang berusia 7 tahun. Kedua-dua orang anak angkat tersebut beliau kenali melalui rakan serta kenalan terdekat.

Dato’ Rizalman sentiasa menitipkan rasa syukur ke hadrat ilahi kerana sentiasa memudahkan urusan beliau dalam membesarkan kedua orang anak angkatnya. Meskipun dirinya tidak berkahwin namun masih diberikan kesempatan daripada Allah untuk melalui kenikmatan dalam membesarkan zuriat walaupun bukan dari dirinya sendiri.

Erinsakura 0e8d67b65c4708e4a6bc363778d4e801

Kehadiran kedua orang anak angkatnya itu telah mengubah gaya hidup Dato’ Rizalman kearah yang lebih baik. Anak angkatnya yang sulung iaitu Umar Nail pernah bersekolah di sebuah pusat Tahfiz selama 4 tahun dan kini sedang menyambung pengajian di Sekolah Tinggi Islam As-Sofa Seremban.

Meraikan sambutan hari raya tahun ini dengan sederhana, Dato’ Rizalman bersama anak-anak telah menunaikan solat sunat hari raya bersama-sama dirumah. Anak angkatnya yang sulung iaitu Umar telah mengambil tanggungjawab untuk membacakan khutbah hari raya buat keluarga kecilnya.

Ternyata bacaan khutbah oleh Umar itu telah menyentuh hati netizen yang terharu dengan hasil didikan Dato’ Rizalman buat anak angkatnya itu. Walaupun tidak berkahwin dan tidak mempunyai zuriat dari dirinya sendiri namun kasih sayang Dato’ Rizalman buat anak angkatnya itu tidak ternilai dan naluri seorang bapa jelas kelihatan menerusi layanan Dato’ Rizalman buat anak-anaknya.

Erinsakura 127580d99ad3172aac9359b6adf79c87

Sesungguhnya Dato’ Rizalman telah berjaya mendidik anak-anaknya dengan budi perkerti yang mulia dan menjadi pemimpin dari usia muda dan itulah yang diimpikan oleh setiap ibu bapa buat anak-anak.

Erinsakura 3a00433f489a95c420301ad0949086f0

Erinsakura B74f6feefa306973482232126d3a5730

Setiap aturan Allah itu pasti adalah yang terbaik buat hambanya. Dato’ Rizalman telah menerima takdir yang ditentukan oleh Allah dengan redha dan hati yang terbuka. Semoga Dato’ Rizalman sentiasa dilimpahkan kesejahteraan, dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa berada didalam rahmat Allah hendaknya.

Sumber : Instagram rizalman71

Artikel ini disediakan oleh Cite Syok. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!