Connect with us

Hiburan

“Aku yg seriau tengok Emma relax je dukung ank 1st tu, adoii ngilu rasa perut lepas bersalin” – Netizen

Published

on

World Wide24.com B05febc765489bdd8d046883d8229288

Setiap kelahiran baharu pastinya akan menerujakan seseorang yang bergelar ibu kerana setiap anaknya itu ada keistimewaannya. Yang pasti kasih sayang buat anak akan dipastikan untuk dibahagikan seadilnya, apatah lagi mereka masih setahun jagung dan belum memahami apa-apa. Barangkali itulah cuba dibuktikan selebriti cantik, Emma Maembong yang baharu melahirkan anak keduanya beberapa hari lalu.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Dalam video hantaran dikongsikan pasangannya, terlihat Emma, suaminya Muhammad Shazli Azhar, keluarga dan tetamu yang hadir meraikan majlis ‘cukur jambul’ aqiqah bayinya. Begitupun, lebih menarik perhatian netizen ialah gelagat Emma.

World Wide24.com 3f68b0ee472997e6d2cc22f6f7957682

Apa tidaknya, biarpun baharu bersalin pada Rabu dua hari lalu, Emma sudah mendukung anak pertamanya, Shariq Gabriel, 2. Kalau dilihat sekali pandang, tampak boleh tahan berat juga budak tu. Mana tak seriau netizen, ia bukan suatu kebiasaan.

Lazimnya, jika amalan dan budaya orang Melayu, sebaik sahaja melahirkan, seseorang ibu itu perlulah menjaga diri dengan berpantang, antaranya tak mengangkat sesuatu yang berat. Ini Emma ‘selamba badak’ je mendukung Gabriel.

World Wide24.com 287d6a4001037c6f2498b6d9752a8d00

Ya Emma kelihatan amat sihat dan dah macam orang tak pantang pun dalam hantaran itu. Tapi bimbang sungguh netizen dengan aksi Emma itu hingga berkongsi pelbagai fakta berkaitan kesihatan di ruangan komen.

“Aku yg seriau tengok Emma relax je dukung ank 1st tu, adoii ngilu rasa perut lepas bersalin”, “seriau la tgk emma dkung si abe..lps tu dduk bersila..”, “kalau boleh elakkan dukung anak atau angkat berat lepas bersalin..”.

World Wide24.com Ad0e4a85a7ee330b68a727af3f7cd7df

“Beraninyaa emma dukung ank dia..buat kata turun d4rah tuh.. serrrammm tgk”, “Sedap2 nama anak2 emma..tahniah..jgn lupa jaga pantang elok2..sy dulu xheran pantang..last2 bentan..”, “Xjatvh ka peranakan baru bersalin dukung ank ,seriau”.

Itu antara komen netizen. Ramai yang sayang dengan Emma ni… Tak hairanlah tak kurang netizen yang risau dan menasihatinya. Rupanya selain risau ibu baru melahirkan angkat berat, duduk bersila pangku anak pun kena pantang ya…?

World Wide24.com 36e2a318fa03721c66a287b95a09181d

Apa pun kita doakan yang baik-baik buat Emma, bayi dan keluarganya sudahlah. Mesti Emma tak rasa s4kit apa pun, tu pasal boleh je buat macam tu. Tapi kata orang, s4kit bukan terus dapat masa tu, ia perlu dijaga untuk jangka panjang.

Pastinya beranak dua pengalaman dan fasa baru buat Emma. Emma pantang sajalah elok-elok ya. Harap kalau betul ‘l4nggar pantang’ tu sekejap saja. Emma pun nampak sihat dan kuat … ramai netizen tertanya apa amalan Emma dan makan apa agaknya masa pantang tu…

World Wide24.com 5f01e192e5b62178e3b265163fc6f0cc

Sumber : IG Muhammad Shazli Azhar

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!