Connect with us

Hiburan

“Abby kalau kur0s mcm zaman Elite, semua artis lain guling2 n4ngis” – Linda Rafar

Published

on

Erinsakura D4c092b76a8b9bbcc9ee21f8ac1bd025

Kumpulan Elite merupakan artis rakaman yang pertama bernaung dibawah syarikat rakaman KRU Records. Kumpulan ini ditubuhkan sekitar tahun 1996. Lima orang anggota asal kumpulan tersebut ialah Abby Abadi, Linda Rafar, Azza Zawari, Shasha Saidin dan Watie Sadali. Mereka mempunyai banyak lagu-lagu popular diantaranya ialah Tamparan Wanita, Manisnya Senyumanmu dan Trauma. Ramai yang suka dengan kemunculan Elite pada ketika itu.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan merupakan ahli pertama yang mngalkan kumpulan itu untuk meneruskan kerjaya sebagai pelakon. Watak beliau sebagai Inspektor Aleza sehingga kini seolah sudah sebati dengan dirinya.

Erinsakura 0b5129a85170748c31d0b0bdceeaae2e

Seiring dengan perubahan waktu, beliau kini telahpun berhijrah dan lebih banyak melibatkan diri dalam aktiviti keagamaan dan kerohanian.

Erinsakura B5eb135a417f72725d9984352654fad8

Kecanggihan telefon pintar kini membolehkan pelbagai applikasi dimuat turun kedalam telefon bimbit. Salah satu applikasi popular yang banyak dimuat turun kini adalah applikasi FaceApp. Tidak ketinggalan untuk mencuba, Abby Abadi teruja berkongsi hasil wajahnya setelah menggunakan applikasi tersebut.

Memuatnaik gambar dirinya setelah di sunting menerusi applikasi itu, wajahnya yang kuurus kelihatan mirip dengan pelakon Erra Fazira. Hasil gambar tersebut membuatkan rata-rata pengikut beliau memuji kecantikan beliau serta merindui zaman ketika beliau masih menganggotai kumpulan Elite.

Erinsakura 036e34288cf78f84a120b453fa6c30c3

Beliau turut meminta pertolongan para pengikutnya kerana meluahkan hasrat untuk menurunkan berat badan. Ternyata beliau juga merindui penampilan beliau ketika zaman bersama kumpulan Elite.

Entri tersebut mendapat maklumbalas daripada sahabat beliau iaitu Linda Rafar. Linda mengatakan sekiranya Abby kembali kuros ketika sewaktu bersama Elite pastinya para artis yg lain akan menangis kerana tidak mampu untuk bersaing dengan Abby. Rata-rata netizen juga menyokong hasrat Abby dan memberikan sokongan terhadap niat beliau itu.

Erinsakura 9add65eca18dd847ac42ba9e8c3a0572

Abby sememangnya salah seorang artis yang mempunyai perwatakan yg menarik dan aura tersendiri sejak dari dahulu lagi. Kini kecantikan beliau itu diwarisi oleh anak-anak perempuannya pula.

Screenshot 20200604 100650

Beliau juga mempunyai peminat setia yang mengikuti perkembangan beliau sejak dari zaman Elite, Inspektor Aleza dan sehinggalah beliau sudah berhijrah. Bertuah sungguh Abby Abadi ni yaa.

Sumber : Instagram abby_abadi112

Artikel ini disediakan oleh Cite Syok. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!